Tuesday 30 September 2014

SEJALIN IKATAN 2014/2015

Pada 23 September 2014, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan Program Sejalin Ikatan sesi 2014/1015 yang bertempat di Dewan Auditorium Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Seramai 166 orang pelajar dari pelbagai fakulti iaitu FKE, FKEKK, FTMK, FKM, FKP, FTK, dan FPTT telah menyertai Program Sejalin Ikatan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM.

Program Sejalin Ikatan adalah program tahunan yang diadakan setiap tahun. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan hala tuju PRS, organisasi PRS, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PRS dan juga Unit Kaunseling Pelajar kepada mahasiswa/i. Program ini juga adalah untuk membuka pertambahan ahli-ahli baru bagi kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM.


Pendaftaran peserta bermula pada pukul 8 malam hingaa 8.20 malam.

Pengacara majlis ialah saudari Nadia binti Naim.

Seterusnya, program dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku' dan lagu 'UTeM Terbilang'. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Ilyas bin Haji Zakaria dan ucapan pembukaan oleh Mohd Firdaus Syukry bin Saudey, Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM.

Sejurus selepas itu, montaj korporat dan montaj aktiviti sepanjang tahun 2013/2014 didedahkan kepada mahasiswa/i yang hadir.

Kemudian, sesi refreshment telah dilakukan oleh Mohamad Shahrul Hafizi bin Shahidi bagi membuat suasana menjadi lebih ceria dan santai. Selepas sesi refreshment, pengenalan setiap unit didedahkan oleh ketua setiap unit.

Majlis diakhiri dengan pendaftaran unit bagi ahli baru yang ingin menjadi sahabat exco unit yang ingin disertai.

Akhirnya, bersurai.

Poster Sejalin Ikatan 2013/2014


Pendaftaran peserta.
Pengacara Majlis bagi Sejalin Ikatan 2014/2015.
Bacaan doa.
Ucapan Pembukaan oleh Presiden Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS UTeM).

Tayangan Montaj Korporat dan Montaj Aktiviti Tahunan 2013/2014.


Sesi Refreshment.


Para peserta bersama-sama melakukan sesi refreshment.


Pengenalan Unit Keusahawanan dan Pengurusan Aset (BIZZ).

Pengenalan Unit Akademik dan Kepimpinan (ADK).

Pengenalan Unit Sahsiah dan Kerohanian (ICON).

Pengenalan Unit Multimedia, Publisiti dan Teknikal (MPT).

Pengenalan Unit Perhubungan Komunikasi dan Korporat.

Pengenalan Unit Modul dan Fasilitator (MDF).

Sesi Pendaftaran ahli baru bagi setiap unit.

Sesi Pendaftaran ahli baru bagi setiap unit.




Exco dan AJK Program Sejalin Ikatan 2014/2015


~PENCETUS REVOLUSI SISWA~



Sunday 7 September 2014

PAMERAN KELAB PRS UTeM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..

Pada Minggu Haluan Siswa yang lepas, 3 & 4 September 2014 , PRS UTeM telah membuka pameran bagi membuka pendaftaran baru untuk pelajar baru sesi 2014/2015. Ramai yang telah mendaftar sebagai ahli baru PRS UTeM dan diharapkan ahli-ahli baru ini jangan melepaskan peluang untuk mengaktifkan diri anda dengan program-program yang dianjurkan oleh PRS UTeM.














 Terima kasih kami ucapkan kepada semua mahasiswa/i yang sudi menjadi ahli baru PRS UTeM sesi 2014/2015.

~Pencetus Revolusi Siswa~

 

Monday 1 September 2014

GERAI JUALAN PRS UTeM SEMPENA MINGGU HALUAN SISWA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua.


Pada hari Isnin, 1 September 2014 yang lalu, PRS UTeM telah mengendalikan gerai sempena Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2014/2015. Seramai 2341 pelajar yang telaha mendaftar pada hari tersebut. Oleh itu, kami PRS UTeM ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah mendaftar sebagai mahasiswa/mahasiwi UTeM.






~Sentiasa Merintis, Sentiasa Menerajui ~