Showing posts with label Galeri 2010. Show all posts
Showing posts with label Galeri 2010. Show all posts

Thursday, 4 August 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB PRS


8.30 Malam – 10.30 Malam
21 Oktober 2010

PERJALANAN PROGRAM

Pada 21 Oktober 2010, ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Pembimbing Rakan Siswa khusus bagi semua ahli PRS yang bertempat di Dewan Auditorium Canselori. Program ini diketuai oleh pengarah program iaitu saudara Muhamad Nur Bin Sulaiman. Seramai 41 orang pelajar perempuan dan 31 orang pelajar lelaki termasuk urusetia telah menyertai Mesyuarat Agung Tahunan ini. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membentuk kepimpinan organisasi yang baru selain dapat menyalurkan idea ahli bagi memantapkan lagi keberkesanan pentadbiran PRS.

Tepat jam 8.30 mlm, program dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis. Program di teruskan dengan ucapan aluan daripada Presiden PRS sesi 2009/2010 iaitu saudara Amir Nazeem Mahamad Tabor. Tidak ketinggalan, tayangan montaj dan sesi penyampaian sijil dan cenderamata diberikan sebagai tanda penghargaan kepada ahli jawatankuasa PRS yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin sepanjang sesi 2009/2010. Seterusnya, program ini diteruskan lagi dengan pembubaran ahli jawatankuasa PRS 2010 dan kemuncaknya perlantikan ahli jawatankuasa PRS 2010/2011. Dengan kepimpinan baru yang dipimpin oleh saudara Mohamad Aizuddin Saari  ini, diharapkan dapat meneruskan gerak kerja organisasi baru ini dan dapat meningkatkan prestasi kelab.




















EXAM NO FEAR

EXAM NO FEAR
TARIKH:       29 Mac-1 April 2010

Sempena peperiksaan akhir yang akan berlansung bagi sesi Januari-Mei, PRS UTeM Program ini juga dengan kerjasama Unit Kaunseling & Pemajuan Akedemik Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dan Badan Dakwah & Rohaniah (BADAR) telah menganjurkan program EXAM NO FEAR  yang berlangsung selama seminggu bermula dari 29 Mac hingga 1 April 2010.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah pameran dan dedikasi, serta menandatangani memorandam dam menulis kata-kata semangat pada kain renteng. Sesi ceramah mengenai teknik-teknik menjawab peperiksaan juga telah dilangsungkan pada 24 Mac 2010 yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hazrul bin Md Esa, Pegawai Psikologi yang dari Bahagian Kesejahteraan Personel, Pejabat Pendaftar UTeM bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan peperiksaan untuk mencapai kejayaan dalam akedemik disamping memberi pendedahan tentang teknik-teknik menghadapi peperiksaan dengan betul.

ROAD TOUR DE FACULTY

ROAD TOUR DE FACULTY
TARIKH:       18 Januari 2010-22 Januari 2010

Program yang dijalankan dari 18-22 Januari ini adalah untuk mempromosikan Unit Kaunseling dan keperluannya kepada semua warga kampus terutamanya mahasiswa dan siswi UTeM. Ahli jawatankuasa terdiri daripada Pegawai Psikologi UTeM, Kaunselor Pelatih UTeM dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya seperti mengedar risalah dam membuat pengumuman berkenaan Unit Kaunseling di kelas-kelas, pertandingan kuiz, Bengkel Kemahiran Komunikasi Asertif dan sebagainya.

Road Tour De Fakulti ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan berikutan respon yang diberikan melalui soalan kuiz yang dihantar ke Unit Kaunseling Ramai pelajar juga turut berminat untuk mengikuti sesi kaunseling samada kaunseling individu mahupun kaunseling kelompok.







PROGRAM SEJALIN IKATAN-SEHARI BERSAMA PRS

20 Julai 2010
Dewan Auditorium Canselori UTeM

Pada 20 julai 2010, kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM telah mengadakan satu program “Sejalin Ikatan Sehari Bersama PRS” yang telah diadakan di Dewan Auditorium Canselori UTeM.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memperkenal dan memberi pendedahan awal tentang kepentingan PRS kepada para pelajar disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara ahli-ahli baru dan lama di dalam PRS. 

Seramai hampir 150 orang pelajar telah hadir pada malam tersebut. Perjalanan program dimulakan dengan bacaan doa oleh dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden Kelab PRS UTeM sesi 2009/10, saudara Amir Nazeem Mahamad Tabor dan Puan Hadibah Tahir selaku penasihat kelab .Majlis diteruskan dengan tayangan montaj yang memaparkan carta organisasi kelab, senarai aktiviti yang telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan. 

Majlis diserikan lagi dengan aktiviti  “refreshment”. Antara aktiviti yang dilakukan adalah permainan ular naga,telinga oh telinga  dan Gemuruh dan Pelita. Majlis diteruskan dengan aktiviti pengenalan daripada setiap biro dalam Kelab PRS oleh setiap Wakil biro. Pegawai dan para peserta dijemput untuk menikmati sedikit jamuan yang disediakan. Akhirnya majlis bersurai pada jam 11.00 malam.










ZOO VOLUNTEER


4.00 Petang – 6.30 Petang
1 September 2010


PERJALANAN PROGRAM

Pada 1 September 2010, ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM telah mengadakan program Zoo Volunteer untuk pelajar-pelajar UTeM yang bertempat di Zoo Ayer Keroh, Melaka. Program ini diketuai Pengarah Program iaitu Norulsyazne binti Abdul Ghani dan  Messes A. Binti Muhammad Nasir.

Program ini telah disertai seramai  39 orang pelajar perempuan dan 22 orang pelajar lelaki termasuk urusetia. Program ini dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Hidupan Liar di Zoo Melaka iaitu En. Mohd Fauzi bin Mohd Zain, bersama-sama pekerja beliau. Para peserta telah ditugaskan untuk bergotong-royong bersama-sama di kawasan sekitar zoo tersebut. Semua peserta kelihatan bersemangat untuk bergotong-royong dan masing-masing bekerjasama antara satu sama lain.

Walaupun program ini dijalankan di bulan Ramadhan tetapi mereka tidak kelihatan penat untuk melakukan gotong-royong tersebut. Program ini hanya mengambil masa satu jam setengah tetapi para peserta tidak pulang dengan tangan kosong. Dengan ini, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta dan memupuk semangat kerjasama serta melahirkan para pelajar yang fleksible dengan aktiviti sahsiah dan akedemik.