Wednesday 15 June 2011

Pengenalan

Pembimbing Rakan Siswa (PRS) adalah sekumpulan pelajar yang telah dilatih dalam kemahiran komunikasi dan kemahiran asas kaunseling. PRS berfungsi sebagai rakan yang berkesan terutama dalam memberi pertolongan. Mereka tidak memberi nasihat atau menyelesaikan masalah tetapi menjadi pendengar yang simpati, berminat, mengambil berat dan rela memberi pertolongan dalam sistem kolej.
Bersesuaianlah dengan Falsafah PRS yang perlu sentiasa dihayati iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, kita mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, kita seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.
            Selain itu, terdapat beberapa peranan yang perlu dimainkan oleh ahli PRS ini dalam membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Antaranya ialah :
  • v  Merapati rakan siswa dan mengenalpasti mereka yang bermasalah dan merujuk kepada kaunselor.
  • v  Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan siswa dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
  • v  Membantu unit bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.
  • v  Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran komunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan siswa.
  • v  Membantu dalam melatih kumpulan siswa untuk persediaan sebagai Pembimbing.

            Disamping itu, PRS merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh kaunselor atau pensyarah-pensyarah. PRS juga memainkan peranan sebagai rol model di institusi pendidikan terutama dalam aspek komunikasi berkesan, tingkah laku, kemahiran asas akademik dan sosial serta bermain secara kreatif (Hoffman, 1976, Edwards, 1976 strom & Engelbrecht, 1974). Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, PRS terbukti menjadi rol model yang berkesan kepada rakan siswa.

No comments:

Post a Comment