Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGUMUMAN. Show all posts

Tuesday, 13 January 2015

SELAMAT BERCUTI SEMESTER 1 2014/2015


Assalamualaikum, Selamat bercuti kami ucapkan kepada mahasiswa/i Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Manfaatkan waktu yang terluang semasa cuti semester ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Sesungguhnya apa yang kita lakukan semasa waktu terluang adalah cerminan kepada peribadi kita sendiri.

#PRS_UTeM
#PencetusRevolusiSiswa

Friday, 24 October 2014

[SALAM MA'AL HIJRAH 1436H]


Salam Ma'al Hijrah 1436H diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Semoga tahun baru yang bakal dilalui ini, menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Sama-sama kita semai azam menjadi hamba Allah yang lebih baik, lebih bersyukur, lebih bertakwa dan lebih beriman kepada-Nya. InsyaAllah. 

Daripada kami , Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS UTeM).

‪#‎SalamMaalHijrah‬
‪#‎1436H‬
‪#‎prsUTeM‬
‪#‎pencetusRevolusiSiswa‬


Saturday, 4 October 2014

SALAM AIDILADHA 1435 H


Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidiladha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.

Hari raya Aidilfitri telah pergi meninggalkan kita, yang datang Aidiladha..
Berhati-hati kepada mereka yang pulang ke kampung di musim raya ini..
Ingatlah orang yang tersayang..

Kami daripada PRS UTeM ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh warga UTeM. Segala salah & silap harap dimaafkan. ^_^

#PencetusRevolusiSiswa
#KeranaUkhuwahKitaUtuhBersama

Monday, 28 July 2014

SALAM AIDILFITRI , MAAF ZAHIR & BATIN

Assalamualaikum.
Kami daripada  PRS UTeM ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua muslim .


Monday, 30 June 2014

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah, bulan Syaaban sudah pun berlalu.
Kini bermula lah bulan Ramadhan, bulan yang barakah, bulan yang penuh kemuliaan..
Dikesempatan itu, Kami dari Barisan PRS UTeM ingin mengucapkan :



Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggukan oleh semua umat Islam.
Apakah keistimewaan bulan Ramadhan? Jom Check It Out ;)

1. Ramadhan jalan menuju ketaqwaan

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).

Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.

2. Ramadhan bulan mujahadah

Para ulama’ salaf adalah suri tauladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.

3. Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah

Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala

4. Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin

Puasa juga melatih 
diri berdisiplin , Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.

5. Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim

Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka memiliki tuhan yang satu.

Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.

6. Puasa Ramadhan melatih kesabaran

Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)

7. Puasa Ramadhan menyihatkan

Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).

Tapi makna hadist masih boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.

8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).

9. Ramadhan bulan ampunan

Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”(HR. Bukhari)

10. Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya

Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.

11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah

Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).

12. Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…” (HR. Baihaqi).

13. Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri

Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).

14. Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini

Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)

15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu

Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi, sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.

16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan

Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

17. Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda

Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

18. Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan

Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa

Allah akan memberi minum kelak di akhirat Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).

20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan


Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi) 

Selama Ramadhan, Imam Syafi’i menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.

21. Doa mustajab di bulan Ramadhan

Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).

Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)

22. Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji

Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).

23. Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)

24. Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)

Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).

Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.

25. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan

Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.

26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan

Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR. Ahmad).

27. Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan

Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.

28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan

Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.

Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27 Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).

Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.

29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan

Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata”. (Al Fath:1).

Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan negeri Rum.

Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.

30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan

Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.



Sunday, 22 June 2014

Selamat Bercuti Semester 2 2014/2015 (22/06/2014-07/09/2014)


Selamat Bercuti Semester 2 2014/2015 kepada semua mahasiswa/siswi UTeM . Semoga sepanjang musim cuti ini, anda semua mengisikan masa yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat. Semoga segala urusan anda sentiasa dipermudahkan Allah .

Salam Ikhlas, dari kami

~Pencetus Revolusi Siswa-

Sunday, 25 May 2014

CARTA ORGANISASI PRS UTeM SESI 2014/2015

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum..
Disini, ingin memperkenalkan Carta Organisasi Barisan Majlis Tertinggi & Exco PRS UTeM sesi 2014/2015..



Tuesday, 25 September 2012

Good Luck untuk Final Exam Diploma!


Sedikit tips untuk menghadapi peperiksaan.

1. Tenang dalam menghadapi peperiksaan.
2. Jangan cemas memikirkan tidak cukup masa untuk study.
3. Tumpukan perhatian terus kepada topik yang kita nak belajar.
4. Ambil wudhu dan solat sunat hajat sebelum study.
5. Yakin pada diri sendiri. Jerit kuat-kuat “Saya boleh!”. Tulis besar-besar “Saya Boleh!”
6. Peruntukan masa untuk rehat. Rehat sekejap amat penting.
7. Kurangkan masa tidur kalau tidur berlebihan. Nanti lepas exam tidur puas-puas
8. Jangan ambil ubat sebarangan dan kafein. Amalkan minum lobak merah atau makan kismis.


Percaya pada diri sendiri. Kalau bukan kita yang mengubah nasib diri kita, siapa lagi? :)

Good Luck Kawan - kawan! 

Wednesday, 24 August 2011

Ramadhan Berakhir, Idul Fitri Menjelma

Fitrah sejati adalah meng-Akbarkan Allah..
Dan Syariat-Nya di alam jiwa..
Di dunia nyata, dalam segala gerak..
Di sepanjang nafas Dan langkah..
Semoga seperti itulah diri Kita di Hari kemenangan ini..
Selamat Idul Fitri Mohon Maaf Lahir Batin

*
*
*

Waktu mengalir bagaikan air
Ramadhan suci akan berakhir
Tuk salah yg pernah Ada
Tuk khilaf yg sempat terucap
Pintu maaf selalu kuharap
Met Idul Fitri

*
*
*

Walaupun Hati gak sebening XL Dan secerah MENTARI.
Banyak khilaf yang buat FREN kecewa,
Kuminta SIMPATI-mu untuk BEBAS kan dari ROAMING dosa
Dan Kita semua hanya bisa mengangkat JEMPOL kepadaNya
Yang selalu membuat Kita HOKI dalam mencari kartu AS
Selama Kita hidup karena Kita harus FLEXIbel
Untuk menerima semua pemberianNYA Dan menjalani
MATRIX kehidupan ini…Dan semoga amal Kita tidak SIA-SIA…
Mohon Maaf Lahir Batin.

*
*
*

Satukan tangan,satukan hati
Itulah indahnya silaturahmi
Di Hari kemenangan Kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Mohon Maaf Lahir Batin

*
*
*

Selamat Hari Raya Idul Fitri
Taqobalallahu minnaa wa minkum
Shiyamanaa wa shiyamakum
Minal ‘aidin wal faizin
Mohon maaf lahir dan batin




#Dari kami warga PRS UTeM

Friday, 5 August 2011

Pengumuman

kelab PRS UTeM akan upload aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dari tahun 2010 hingga 2011.

Ianya akan mengambil sedikit masa untuk  mendapatkan maklumat yang bersesuaian.
Moga aktiviti-aktiviti yang dipamerkan ini dapat menjadi sedikit pengetahuan pengunjung blog serta Ahli-ahli PRS UTeM berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seterusnya dapat mengikuti aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang. 

Hebahan mengenai program akan dihebahkan melalui Poster di sekitar kampus, kolej kediaman dan juga facebook.


Friday, 29 July 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa



Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,

tidur kita menjadi ibadah, 
amal kita diterima dan do'a kita di ijabah


Dalam hitungan jam kan kita jelang Ramadhan nan suci,
kami pintakan maaf setulus hati akan khilaf yang selama ini terjadi
Taqobalallahu minna wa minkum, mohon maaf lahir batin atas segala kesalahan kami.
Bagi yang melaksanakannya, kami ucapkan selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan.
Semoga amal ibadah kita semua diterima ALLAH SWT.




Tuesday, 5 July 2011

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM ingin berkongsikan sedikit aktiviti atau satu program latihan yang amat berguna kepada semua mahasiswa/I di seluruh Negara.
Program ini dinamakan sebagai PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA yang telah dibahaskan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada ucapan bajet 2011 yang lalu.

Program ini merupakan satu program latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan diadakan secara percuma serta terbuka kepada semua warga Malaysia untuk mengikutinya secara sepenuh masa ataupun separuh masa.

Jangka masa bagi setiap program latihan adalah tidak melebihi 5 hari (bergantung kepada program yang ditawarkan.)

Antara bidang yang ditawarkan ialah:
  • Kimpalan
  • Pembuatan
  • Pengeluaran
  • Perkhidmatan
  • Percetakan
  • Penyelenggaraan Elektrik
  • Elektronik
  • Sivil
  • ICT
Kaedah yang dijalankan dan tempoh:
  • Program dilaksanakan di 27 Institusi Latihan JTM (ILP, ADTEC, JMTI)
  • Program berbentuk Modular  (16 jam – 250 jam)
  • Dilaksanakan selepas waktu pejabat (Isnin – Jumaat) dan hujung minggu (Sabtu & Ahad)
  • Program latihan adalah secara PERCUMA.
Sehubungan itu, PRS UTeM sangat menggalakkan semua mahasiswa/i UTeM serta semua warga Malaysia untuk mengikuti program yang sangat berfaedah ini di samping dapat mempelajari kemahiran yang diminati.

Untuk perjelasan yang lebih jelas. Sila klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Ataupun klik di bawah ini untuk melihat contoh latihan yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang, Johor.

Anda juga boleh melihat program latihan yang lain yang ditawarkan di setiap negeri melalui link yang pertama di atas.

Sekian sahaja daripada kami bagi seluruh anggota kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM.

~PENCETUS REVOLUSI SISWA~

Friday, 17 June 2011

MARI CIPTA LOGO PRSK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat PRS UTeM serta 
warga UTeM sekalian.

Melalui KOMUNITI PEMBIMBING RAKAN SISWA KEBANGSAAN (PRSK) yang baru dibentuk pada sekitar bulan Jun yang lepas, jawatankuasa PRSK memerlukan LOGO PRSK yang bakal digunakan bukan sahaja sebagai IDENTITI PRSK itu sendiri, malah juga untuk sebarang aktiviti yang akan dianjurkan komuniti ini insya-Allah.

Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mencipta LOGO PRSK, boleh email kepada Pengerusi PRSK, saudara Amirul Affendy ke alamat beliau iaitu  fendy_langkawi@yahoo.com.my sebelum 30 JUN 2011. dan logo tersebut , mestilah mempunyai kriteria "CARING & WONDERFUL COLOUR" serta CERIA"


Tuesday, 14 June 2011

SELAMAT DATANG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

TERIMA KASIH KERANA TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA KELAB PEMBIMBING RAKAN SISWA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (PRS UTeM).

BLOG INI MASIH LAGI DALAM PROSES PEMBIKINAN. PIHAK ADMIN MEMOHON MAAF ANDAI TERDAPAT KEKURANGAN SERTA KESULITAN DI SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT. 

PIHAK ADMIN AKAN CUBA PERBAIKI SERTA PERTINGKATKAN LAGI BLOG INI DARI SEMASA KE SEMASA.  SEANDAINYA TERDAPAT KOMEN ATAU CADANGAN BAGI MEMPERTINGKATKAN LAGI BLOG INI BOLEHLAH MEMBERI MAKLUM BALAS ANDA KE FACEBOOK PRS. 


HARAP MAKLUM.
SEKIAN TERIMA KASIH.