Jom kita ikuti
kisah2 Rasullullah,antara kisah-kisah menarik Rasulullah yang boleh
diambil iktibar dan renungan bersama....إن شاء الله
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah
siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan
bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah
menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan
rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi
bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab
dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”
Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa
sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul
isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas soalan
itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah
diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”
“Aku tidak
bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau
memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
6) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik
dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun
menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain
amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama
lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”
“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya
Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya
makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab
dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau
korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH
nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak.”
8 ) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh
rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam
masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke
tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai
mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus
beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah
begini?”
Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah
seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”
Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
Sayangilah Baginda Rasulullah…
Cintailah Baginda Rasulullah…
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..
Wednesday, 6 February 2013
Sunday, 20 January 2013
AKTIVITI PRS SEPANJANG TAHUN 2012.... ^_^
Alhamdulillah.....tahun 2012 sudah pun menutup tirainya....di sini adalah aktiviti yang telah dilakukan oleh kelab PRS UTeM sepanjang tahun 2012.... ^_^
Hari Keluarga PRS
Lawatan Balas Ke UPSI
PRS Annual Grand Meeting(AGM)
Bengkel Asas PRS
Let's Ukhwah With PRS...
Return Of Cheng HO
Kursus Fasilitator
Sepetang Bersama Mantan PRS
Speak Factor2
Jualan Hari Sukan Antara Fakulti(SAF)
Kem Pemantapan PRS
Sunday, 13 January 2013
MiNdA MaNuSiA....
Minda merupakan pusat kawalan akal, pusat menjana fikiran, pusat penyimpanan maklumat serta pemprosesan maklumat dan ianya berada didalam otak. Minda merakam segala maklumat yang disalurkan melalui deria pancaindera seperti mata , mulut, telinga dan hidung. Minda manusia juga terbahagi kepada 2 iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar merupakan minda yang akan terjaga apabila kita terjaga dari tidur dan akan turut tidur jika kita tidur.
Minda separa sedar pula tidak pernah tidur dan sentiasa bekerja untuk manusia 24 jam sehari. Manusia mampu mengawal minda dan rahsia bagi kebanyakan mereka yang berjaya diluar sana adalah kerana mereka mengawal arah pemikiran mereka ke arah kejayaan, ke arah positif, ke arah kekayaan dan bermacam - macam lagi arah menuju kehebatan.
Pada era teknologi maklumat ini, ada begitu banyak maklumat atau ilmu yang dapat diakses dengan mudah. Anda cuma perlu menanamkan minat untuk mencari ilmu dan minda separa sedar anda akan membawa ke arah itu. Terdapat banyak teknik serta kaedah untuk memperkasakan minda seperti teknik Affirmasi dan Visualisasi
Visualisasi merupakan teknik menggambarkan impian didalam minda atau dalam bahasa mudahnya berangan - angan. Jangan risau dengan tanggapan serong orang lain jika anda mengamalkan teknik ini kerana KLCC juga terbentuk melalui angan - angan ( impian ). Jika anda dapat mencapai impian anda maka anda sememangnya lebih hebat daripada Mat Jenin berbanding mereka yang takut untuk menggambarkan impian mereka dan mereka lebih teruk daripada Mat Jenin.
Tuliskan apa yang anda impikan atau dalam kata lain menzahirkan impian anda. Disini anda akan nampak kehebatan kuasa minda anda dan kekuatan ini akan membawa anda ke arah kejayaan. Ini adalah kerana anda telah menzahirkan impian anda pada peringkat pertama iaitu menulis dan akan disusuli dengan penzahiran - penzahiran yang berikutnya sehinggalah ke peringkat penzahiran sempurna yakni impian anda telah mencapai impian anda.
Kesimpulannya, mindset dapat dibentuk dengan disiplin dan keazaman...Jadikan diri anda seorang manusia yang mempunyai minda positif.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















