Monday, 20 October 2014

BENGKEL PERANCANGAN AKTIVITI PROGRAM SESI 2014/2015 DAN PERKONGSIAN MODUL PRS UTeM

Pada 11 Oktober 2014, Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM telah mengadakan Bengkel Perancangan Aktiviti Program Sesi 2014/2015 dan Perkongsian Modul PRS UTeM yang bertempat di Bilik Tayangan Perpustakaan, UTeM.

Seramai 43 orang termasuk ahli jawatankuasa PRS UTeM  telah menyertai Bengkel Perancangan Aktiviti Program Sesi 2014/2015 dan Perkongsian Modul PRS UTeM ini.


Pendaftaran peserta bermula seawal jam lapan sehingga sembilan pagi. Seusai peserta mendaftarkan diri, peserta dibekalkan sarapan pagi.

Selepas sarapan pagi, pembukaan program dirasmikan oleh Mohd Firdaus Syukry Bin Saudey (Presiden PRS UTeM).

Pada pukul 9.00 pagi, sesi ice breaking dimulakan bagi melepaskan kekakuan/kebekuan antara peserta dengan peserta yang lain atau peserta dengan fasilitator dan saling mengenal peserta satu sama lain. Sesi ice breaking ini dikendalikan oleh para fasilitator yang terlibat.

Seusai sesi ice breaking, tepat jam 9.30 pagi, slot pertama program dimulakan dengan perancangan aktiviti-aktiviti PRS. Slot pertama ini selesai pada jam 10.30 pagi.

Selepas itu, para pesertaa diberikan rehat selama setengah jam, dan program bersambung dengan slot kedua perancangan aktiviti-aktiviti PRS.

Seterusnya, pada jam 12.00 tengahari, refreshment dilakukan bagi menyegarkan kembali diri selepas melakukan dua-dua slot perancangan aktiviti PRS.

Pada jam 12.15 tengahari, program terus bersambung dengan Perkongsian Modul PRS UTeM yang dikendalikan oleh para fasilitator.

Program berhenti seketika untuk menunaikan solat Zuhur dan makan tengahari.

Pada jam 2.00 petang,  aktiviti Genarate Idea Modul PRS dikendalikan oleh fasilitator sehingga 4.00 petang dan para peserta diminta duduk dalam kumpulan kecil bagi mencetuskan refreshment baru.

Penutupan program dilakukan oleh Mohd Firdaus Syukry Bin Saudey (Presiden PRS UTeM).

Seterusnya, peserta bersurai pada pukul 5.00 petang.

Barisan AJK Pelaksana


Peserta-peserta yang hadir


Presiden PRS memberikan sedikit perkongsian kepada ahli jawatankuasa








~PRS UTeM~
~pencetusRevolusiSiswa~
~keranaUkhuwahKitaUtuhBersama~ 

Saturday, 4 October 2014

SALAM AIDILADHA 1435 H


Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidiladha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.

Hari raya Aidilfitri telah pergi meninggalkan kita, yang datang Aidiladha..
Berhati-hati kepada mereka yang pulang ke kampung di musim raya ini..
Ingatlah orang yang tersayang..

Kami daripada PRS UTeM ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh warga UTeM. Segala salah & silap harap dimaafkan. ^_^

#PencetusRevolusiSiswa
#KeranaUkhuwahKitaUtuhBersama

JOM KE GERAI PRS UTeM


Pada tanggal 24 September 2014 hingga 30 September 2014, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM telah menjalankan aktiviti jualan sepanjang Karnival Konvo Festival kali yang ke-10. 

PRS UTeM telah menjalankan jualan bermula seawal 24-26 September 2014 di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) UTeM. Disini, gerai PRS menjual 'Crispy Choco Jar' kepada semua pelajar dan tetamu yang hadir bagi memeriahkan karnival yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar UTeM (MPP UTeM) 

Seterusnya, pada tanggal 27-28 September 2014, gerai jualan PRS UTeM ini bersambung ke Tapak Pesta Konvo bersama Sekretariat Anak Melaka UTeM (SAM UTeM) dan juga PERSADA UTeM. PRS UTeM turut menjual dan mempromosikan produk jualan bersama dua kelab tersebut. Antara barangan jualan PRS UTeM di Pesta Konvo adalah 'Crispy Choco Jar' , 'Perfume' dan Mafla .

Tujuan PRS UTeM mengadakan pembukaan gerai pada pesta konvo kali ini adalah bertujuan untuk  mendedahkan kepada ahli-ahli PRS UTeM tentang ilmu dari segi perniagaan dan di samping untuk memupuk semangat bekerjasama antara exco tidak kira waktu program mahupun aktiviti di luar program. 

Tambahan lagi, dengan aktiviti seperti ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan hubungan sesama exco dan juga pelajarUTeM. Gerai jualan PRS turut dihadiri mantan-mantan PRS bagi menceriakan suasana dan aktiviti jualan sepanjang hari berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada exco UNIT KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN ASET (UNIT BIZZ) dan exco-exco PRS UTeM yang lain kerana bersama-sama membantu dalam aktiviti jualan kali ini.


Exco-exco yang menjaga gerai PRS UTeM di Pusat Persatuan Pelajar UTeM (PPP UTeM) dikunjungi oleh Mantan PRS UTeM.
'CRISPY CHOCO JAR'
'PERFUME' dan 'MAFLA'.


Exco yang menjaga gerai jualan di Pesta Konvo.

Gerai PRS UTeM dikunjungi oleh Mantan PRS UTeM.


Gerai PRS UTeM mendapat kunjugan daripada mahasiswi UTeM.


Ayuh, meriahkan suasana gerai PRS UTeM di lain hari dan waktu. :)

~PENCETUS REVOLUSI SISWA~
~Kerana Ukhuwah Kita Utuh Bersama~