Monday, 23 April 2012

Refleksi Minda Bersama PRS


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

PRS akan menganjurkan program 'Refleksi Minda Bersama PRS'. Maklumat adalah seperti berikut;

Tarikh: Setiap hari Rabu bermula 25hb April
Masa: 2 petang
Tempat: Bilik Kaunseling Kelompok PPP

Oleh itu, PRS UTeM menjemput semua ahli PRS UTeM dan mahasiswa/i UTeM untuk menyertai program yang julung-julung kali diadakan. Segala kerjasama amatlah dihargai.

"Pencetus Revolusi Siswa"

Wednesday, 18 April 2012

CARTA ORGANISASI PRS UTEM 2012 / 2013

Seramai 33 orang ahli yang terdiri daripada 8 Ahli Majlis Tertinggi dan 25 Exco telah dilantik bagi menganggotai organisasi PRS UTeM bagi sesi 2012 / 2013.









UNIT A'CARE





UNIT ICON






UNIT MULTIMEDIA, PUBLISITI & PENERBITAN






UNIT BIZZ



NUR WAHIDA BINTI SAUPI (EXCO BIZZ)

UNIT MODUL & FASILITATOR




MOHD ABDUL FATAH BIN ABDULLAH (EXCO MDF)

SAIFUDDIN BIN MOHD ISA (EXCO MDF)

UNIT INTEGRITI & PERHUBUNGAN





Mudah - mudahan segala urusan pihak PRS UTeM bagi sesi 2012 / 2013 dengan pihak pentadbir dan para pelajar dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

"PENCETUS REVOLUSI SISWA"

Sunday, 8 April 2012

Semuanya Berlaku Untuk Kebaikan

Suatu masa dahulu ada seorang raja yang mempunyai penasihat yang bijaksana. Si penasihat mengikuti raja ke mana sahaja baginda pergi, dan nasihat yang menjadi kegemaran beliau, “Semuanya berlaku untuk kebaikan”.
Suatu hari raja pergi memburu dan mendapat kemalangan kecil. Baginda terpanah kaki sendiri dan tercedera. Baginda bertanya kepada penasihat apa pendapat beliau tentang kemalangan itu, yang penasihat menjawab, “Semuanya berlaku untuk kebaikan”. Kali ini raja benar-benar marah dan menitahkan penasihat dimasukkan ke dalam penjara. Raja itu pun bertanya lagi kepada penasihat beliau, “Sekarang, apa yang kamu fikir?” Penasihat itu sekali lagi menjawab, “Semuanya berlaku untuk kebaikan”. Justeru perintah memenjarakan penasihat kekal.
Raja kemudian meneruskan pemburuan, tanpa diiringi si penasihat. Baginda kemudian ditangkap oleh sekumpulan kanibal (orang yang makan orang) dan dibawa balik untuk dijadikan makan malam mereka. Sebelum memasukkan baginda ke dalam periuk, kanibal memeriksa raja itu. Mereka ternampak luka pada kaki raja dan memutuskan untuk membuang baginda kembali ke dalam hutan. Menurut tradisi kanibal, mereka tidak akan makan apa-apa yang tidak sempurna. Oleh sebab itu raja terselamat. Baginda tiba-tiba menyedari apa yang penasihat baginda kata adalah benar. Penasihat juga terselamat dari maut kerana jika dia tidak berada dalam penjara, beliau sudah pasti akan mengikuti raja dalam perjalanan memburu, dan akan berakhir di dalam periuk kanibal.
PRINSIP KEJAYAAN
Adalah benar bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan ini ada tujuannya, dan ianya sentiasa untuk kebaikan kita sendiri. Jika anda fikirkan, semua pengalaman masa lalu kita sebenarnya berlaku untuk membawa kita di mana kita hari ini, dan ia sentiasa untuk kebaikan. Semua pengalaman lampau menjadikan kita seorang yang lebih baik. Jadi, apa jua cabaran yang kita hadapi hari ini, ia berlaku untuk membawa kita ke tahap seterusnya.