Wednesday, 14 August 2013

“PRS ROAD TOUR D’ CAMPUS” 2013

Pada 8 dan 9 Mei 2013, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan program “PRS ROAD TOUR D’ CAMPUS” bertempat di Pusat Persatuan Pelajar, Kampus Induk UTeM dan cafeteria, Kampus Bandar UTeM. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar UTeM. Program ini adalah program tahunan yang diadakan saban tahun bagi memperkenalkan Kelab Persatuan Rakan Siswa (PRS) dan barisan kepimpinan yang baru kepada semua pelajar. Program bermula pada pukul dua belas tengah hari hingga dua petang. Sehubungan itu, pelajar dapat mengenali dan mengetahui perancangan yang akan dilaksanakan. Selain itu, dapat menarik minat pelajar untuk menyertai setiap program yang dijalankan sekali gus dapat menjadi ahli PRS. Seterusnya, program diteruskan dengan memperkenalkan kelab PRS dan juga memperkenalkan barisan kepimpinan yang baru kepada para pelajar. Aktiviti pengisian dilakukan bagi menarik minat pelajar untuk menyertai program tersebut. Antaranya soalan-soalan yang menguji minda, tayangan montaj dan sebagainya. Setiap penyertaan, peserta diberi cendarahati daripada pihak PRS iaitu ‘button badge’. Program berakhir pada jam dua petang.
















Mesyuarat Agung Tahunan PRS 2013


Pada 23 Mac 2013, kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PRS 2013 yang bertempat di Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UTeM, Durian Tunggal, Melaka bertemakan `Kampung’ style. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada ahli dan juga tidak dilupakan wakil-wakil kelab-kelab lain yang turut menghadiri majlis. 

Majlis ini  adalah program tahunan yang diadakan saban tahun. Setiap organisasi memerlukan struktur untuk bergerak bagi menjalankan sesuatu program. Setiap tahun, barisan kepimpinan akan bertukar dan mesyuarat agung tahunan diadakan supaya kepimpinan yang baru dapat dibentuk bagi meneruskan gerak kerja organisasi berkenaan. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi persatuan. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada ahli jawatankuasa PRS yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin sepanjang sesi 2012/2013 serta memperkenalkan barisan kepimpinan yang baru. 

Mesyuarat tahunan PRS diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mendapat maklumat berkaitan aktiviti yang telah dilakukan sepanjang sesi 2012/2013.
Pendaftaran bermula pada pukul tujuh. Seterusnya pelajar solat Maghrib, dan majlis tahlil bermula diikuti dengan bacaan Yaasin pada pukul lapan malam. Selepas solat Isyak, majlis bermula. Pengacara majlis ialah saudara Mohamad Azizan dan saudari Nabila Huda. 
Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan kata alu-aluan oleh saudara Che Mohamad Izzat Bin Che Mohd Idris sebagai wakil barisan Majlis Kepimpinan 2012/2013. Kemudian, saudara Farizal Bin Kamarzaman berucap untuk membubarkan majlis Perwakilan PRS sesi 2012/2013.

Tayangan montaj berlangsung dan seterusnya majlis menjemput saudari Siti Hawa Binti Zainal selaku pemangku Setiausaha Agong PRS 2012/2013 untuk mengumumkan Presiden Kelab PRS 2013/2014 yang disandang oleh saudara Farizal Bin Kamarzaman. Timbalan Presiden 1 disandang oleh saudari Siti Nurliyana Binti Ahmad dan Timbalan Presiden 2 disandang oleh saudara Mohd Firdaus Syukry Saudey. 

Persembahan dikir barat dan persembahan daripada barisan Majlis Perwakilan PRS 2012/2013 berlangsung. Sesi penyerahan cenderahati kepada Majlis Tertinggi dan Exco Kelab PRS 2012/2013 turut diadakan. Majlis diakhiri dengan pengundian Exco sesi 2013/2014 yang diuruskan oleh saudara Farizal Bin Kamarzaman. Majlis diakhiri dengan jamuan. 

















Thursday, 28 March 2013

PeSaNaN BuAt SaHaBaT ^_^

 PESANAN BUAT SAHABAT 
Saya bukan sahabat yang setia seperti Abu Bakar, 
Membenarkan segala kata-kata Rasulullah,
Hingga digelar As-Siddiq,
Saya tak sebaik beliau,
Menyembunyikan kesakitan, 
Hanya kerana tidak mahu sahabatnya gusar. 
 Saya bukan sahabat seperti Ali, 
Bicaranya penuh hikmah,
Kebijaksanaannya diakui Rasulullah,
Hidupnya sebagai mukmin bermula saat usia masih mentah,
Hinggakan cinta Fatimah Az-Zahra menjadi miliknya.
Saya bukan sahabat sehebat Umar Al-Khattab,
Hatinya cair kerana bacaan Al-Quran,
Saya juga tak seberani dia, 
Digelar Al-Faruq,
Kerana ketegasannya dalam menjaga agama,
Sedangkan saya? 
Saya bukan sahabat berperibadi hebat bak Uthman,
Hingga Rasulullah sanggup menyerahkan dua puterinya,
Kepada insan bergelar Zunurain ini.
Sahabat, 
Mereka ini sahabat yang dijanjikan syurga,
Sedangkan saya..
Masih terkontang-kanting dalam membentuk diri,
Entah bagaimana timbangan al-mizan kelak,
Usahlah mengharapkan kesempurnaan daripada saya,
Sebab diri saya tak maksum,
Maafkan saya andai ada silap dan salah.
KERANA KITA TIDAK DIJANJIKAN SYURGA, MAKA KITA PERLUKAN SEORANG SAHABAT YANG BOLEH MEMBIMBING KITA...
 SALAM SAHABAT BUAT SAHABAT.... ^_^