Saturday, 5 October 2013

SEJALIN IKATAN 2013/2014

Pada 18 September 2013, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan program “SEJALIN IKATAN”  yang bertempat di Dewan Seminar FTMK. Program ini disertai oleh pelajar UTeM seramai 199 orang,
yang terdiri daripada  pelajar  ijazah  dan  juga  pelajar  diploma.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para 
peserta mengenai organisasi, objektif penubuhan serta program -program yang telah dan akan dijalankan oleh Kelab Pembimbing Rakan
Siswa, 
PRS UTeM. Selain itu juga, tujuan program ini dijalankan 
adalah
untuk menambah keahlian baru bagi PRS UTeM.

Sesi pendaftaran peserta bermula pada pukul 7.00 malam dan majlis 
dimulakan dengan ucapan Presiden kelab PRS UTeM, saudara 
Farizal bin Kamarzaman. Slot seterusnya adalah tayangan montaj rasmi
PRS dan diteruskan dengan tayangan montaj bagi aktiviti -aktiviti yang
telah dijalankan oleh PRS UTeM.

Setelah itu, slot pengenalan unit-unit di dalam PRS UTeM disampaikan
oleh saudara Sofiyuddin A. Latif. Majlis diakhiri dengan sesi pendaftaran
bagi ahli baru, dan seramai 150 orang ahli baru telah mendaftarkan diri 
pada program tersebut.









Wednesday, 14 August 2013

SEMANIS KURMA SETULUS IKATAN

Pada 13 dan 14 Julai 2013, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan program “Semanis Kurma Setulus Ikatan” bertempat di Masjid Selat, Melaka dengan kerjasama Akademi Bina Insan Rabiatul Adawiyah. Program ini disertai oleh anak-anak yatim dari Fatimah Az Zahra, sahabat Iqra’ dan pelajar-pelajar UTeM. Program ini adalah untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan peserta sekaligus mengimarahkan lagi bulan Ramadhan. Program bermula pada pukul dua belas tengah hari hingga dua petang. Pelajar-pelajar UTeM tiba di Masjid Selat pada jam 12.30 tengah hari.


Seterusnya, para pelajar UTeM menyambut kedatangan anak-anak yatim pada jam 2.30 petang.
Semua peserta dibahagikan kepada 13 kumpulan. Sesi ‘taa’ruf’ diadakan bagi membolehkan setiap ahli mengenali setiap ahli kumpulan mereka. Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan lima ikrar di mana setiap ikrar perlu disertai dengan ayat Al-Quran dan terjemahannya. Seterusnya, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang pertama dijalankan bermula dengan sesi pembentangan oleh setiap ahli kumpulan tentang tugasan pertama yang diberikan kepada mereka. Setelah selesai sesi pembentangan, semua peserta membuat      persiapan diri untuk majlis berbuka. Setelah selesai solat sunat terawih, LDK kedua dijalankan. Aktiviti yang dijalankan ialah graf kehidupan. Aktiviti pada hari pertama berakhir pada jam 12.30 pagi. 

Pada hari kedua, semua peserta melakukan Qiamullail, bersahur, solat subuh secara berjemaah dan mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Yusoff. Setelah selesai kuliah subuh, aktiviti ‘explorace’ diadakan. Pada jam 10 pagi, semua peserta diminta berkumpul dan rumusan berdasarkan aktiviti ‘explorace’ disampaikan oleh Ustaz Yusoff. Pada jam 11.30 pagi, majlis penutup dirasmikan oleh pengarah projek iaitu Taty Nahdatul Faiqah Binti Kamarudin. Semua peserta bertolak pulang selepas solat Zuhur.