Monday 12 May 2014

FAMILY DAY WITH PRS UTeM

Pada 21 Disember 2013, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan program “FAMILY DAY WITH PRS UTeM” yang bertempat di Pantai Puteri, Melaka. Program ini disertai oleh pelajar UTeM seramai 60 orang, yang terdiri daripada pelajar ijazah dan juga pelajar diploma.
Sesi aktiviti pertama dikendali oleh Sofiyuddin adalah “Cinderella”. Seterusnya, pembentukan kumpulan untuk aktiviti yang lain. Selain itu, akitiviti memijak belon diadakan. Permainan kelima ialah Isketam Bola dikendalikan oleh Akmal bin Razali. Sesi aktiviti keenam dikendalikan oleh Azmillah ‘Adhwa. Aktiviti ini menguji kreativiti peserta untuk melakukan satu tugasan tetapi mengikut arahan daripada fasilitator.  

Makanan seperti nasi goreng, ayam bakar, jagung dan lain-lain telah disediakan untuk makanan tengah hari. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti belon air. Selepas itu, aktiviti yang terakhir adalah “War Game”. Peserta disediakan peluru dan setiap ahli kumpulan harus ada ketua atau komander tetapi komander diikat sebelah tangan.  Peserta bertolak pulang selepas mendengar ucapan dari pengerusi persatuan. 

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan telah berjaya mencapai objektif. Penerimaan dan perhatian daripada pihak peserta amat menggalakkan dan maklumbalas yang diterima adalah baik. Semoga hubungan silaturrahim dalam kalangan setiap ahli PRS UTeM sentiasa berkekalan.

                                          












 





No comments:

Post a Comment