Saturday 22 March 2014

Ganjaran Menyampaikan Ilmu

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda:'' Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di bawah lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan laut) mendoakan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR. al-Tirmidzi)

Saturday 15 March 2014

PROGRAM ONE STEP AHEAD; STUDY AND ORGANIZATION

Pada 13 Disember 2013, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan program “PROGRAM ONE STEP AHEAD; STUDY AND ORGANIZATION” yang bertempat di Dewan Seminar FTMK.
Program ini disertai oleh pelajar-pelajar UTeM, yang terdiri daripada pelajar ijazah dan juga pelajar diploma.

Program ini bertujuan mendedahkan pelajar tentang kepentingan dan keperluan kemahiran insaniah terutamanya dalam aspek kepimpinan semasa dan selepas bergraduasi, dan mendedahkan cara untuk mengaplikasikan kepimpinan dalam pembelajaran dan berpersatuan. Selain itu, program ini juga mendedahkan tentang cara untuk menguruskan masa dengan efisyen.

Sesi pendaftaran peserta bermula pada pukul 7.45 malam, dan majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Program iaitu saudara Muhammad Nasirudin bin Tajudin. Slot seterusnya dimulakan dengan forum yang dikendalikan oleh saudari Nur Ainina Masturah bt Kamal. Saudari Ainina memperkenalkan ahli penal kepada penonton yang hadir dan meneruskan forum.

Ahli panel terdiri daripada dua orang iaitu saudara Omar Mokhtar Bin Hambaran dan saudari Norezmi Binti Md Jamal masing-masing memperoleh anugerah yang bernilai pada hari konvokesyen. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan sedikit jamuan ringkas kepada semua yang hadir.