Saturday 29 October 2011

DELEGASI UTeM KE UPM


Pada 2 April 2011, PRS UTeM telah mengadakan Delegasi Ke Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor yang disertai seramai 35 orang ahli PRS UTeM  dan 2 orang Pegawai Psikologi UTeM. Delegasi tersebut berlansung sehari sahaja yang bermula daripada pukul 9.00 pagi - 10.00 malam. Delegasi kami disambut dengan baik dan mesra oleh Kelab Rakan Siswa UPM (KRS) serta dari Pegawai UPM yang merupakan Penasihat II kelab tersebut. KRS UPM merupakan satu kelab yang serupa seperti PRS UTeM cuma nama sahaja yang berbeza. Kelab ini dipengerusikan oleh Cik Azlina Binti Shaharuddin dan beberapa pimpinan yang lain. Boleh klik link tersebut http://krsupm.blogspot.com/ untuk mengetahui lebih mengenai KRS UPM.


Antara objektif delegasi ini diadakan adalah seperti yang berikut :

  • Mengenali dengan lebih rapat setiap kepimpinan mahasiswa mahasiswi setiap universiti di negara ini dan memupuk semangat bekerjasama serta menguatkan jaringan perhubungan antara setiap universiti.
  • Memperkenalkan serta mempromosikan nama UTeM secara khusus sebagai uinversiti yang berorientasikan aplikasi kepada universiti luar dan industri-industri terkemuka serta memperkenalkan PRS UTeM secara umum.
  • Melakukan anjakan paradigma melalui jalinan muhibah dan interaksi intelek kearah kcemerlangan dan kemajuan.
  • Mewujudkan satu perkongsian modul dan latihan diantara kedua-dua belah pihak bagi memantapkan modul-modul PRS yang sedia ada.
Tentatif program ini :

7.00 pagi - Berkumpul di PPP (Pusat Persatuan Perlajar)
7.15 pagi - Bertolak ke UPM
9.00 pagi - Dijangka tiba di UPM
9.15 pagi - Mengikuti slot-slot yang telah disediakn oleh pihak KRS UPM
1.00 petang - Majlis diskusi antara PRS UTeM bersama KRS UPM
4.00 petang - Mengikuti slot-slot yang telah disediakan oleh pihak KRS UPM
6.00 petang - Lawatan ke I-City, Shah Alam
10.00 malam - Bertolak pulang ke UTeM
12.00 malam - Dijangka tiba di UTeM












































Thursday 27 October 2011

DELEGASI PRS & PEMADAM UPSI KE UTeM

Pada 1 & 2 Oktober 2011, kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM (PRS UTeM) telah menyambut kedatangan delegasi dari UPSI bersama- sama ahli jawatankuasa Pembimbing Rakan Siswa UPSI (PRS UPSI). Program ini telah diadakan selama dua hari dengan pihak PRS UPSI dan UTeM telah menjadi tuan rumah kepada program ini.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama bersama dengan pihak PRS UPSI disamping berkongsi modul dengan pihak mereka. Saudari Radiyah Binti Ab Rahman telah menjadi pengarah program dan saudara Badru At Tamam Bin Daut sebagai timbalan pengarah program untuk program ini. Segala perjalanan aktiviti telah diatur oleh pihak PRS UPSI dan dengan kerjasama dari pihak PRS UTeM yang telah diwakili seramai 40 orang ahli jawatankuasa PRS UPSI.

Program ini juga telah mengadakan satu majlis makan malam khas yang turut dihadiri oleh Penolong Naib Canselor UTeM, Pengarah Pusat Kaunseling UPSI, Pegawai Psikologi UPSI,  Hal Ehwal Pelajar UTeM dan Pegawai Psikologi UTeM.

Acara ini berlangsung di Ruang Legar Pusat Persatuan Pelajar dengan menampilkan persembahan yang menarik di antara kedua-dua kelab dari UTeM dan UPSI.

Antara persembahan yang dipersembahkan adalah persembahan solo okestra dari saudara Amsyar, persembahan ‘sketsa emosi’ dari PRS UTeM, persembahan sketsa dari pihak PRS UPSI dan persembahan karaoke dari pihak UTeM dan UPSI.

Moga pertemuan kali ini dapat memupuk semangat setiawan di antara kedua-dua Universiti disamping mengukuhkan ikatan di antara sesama PRS seluruh IPTA di Malaysia ini.


























Prepared by: E.A.
Edited by: The Editor
Picture by: B.N.

Saturday 15 October 2011

Perkongsian pengalaman kelab PRS & PEMADAM


Wednesday, September 14 · 8:00pm - 10:30pm




                                           
                          

TEMA PROGRAM: "SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU"


* Dalam program ni merupakan program berbentuk forum 

terbuka berkongsi antara ahli PRS dan PEMADAM 

dan juga untuk saling memperkenalkan Majlis 

Tertinggi dan 

Exco-Exco antara PRS UTeM dan PEMADAM

yang serta turut

 sesi menjamu selera diadakan

 sempena

Hari Raya Aidilfitri *