Wednesday 24 August 2011

Ramadhan Berakhir, Idul Fitri Menjelma

Fitrah sejati adalah meng-Akbarkan Allah..
Dan Syariat-Nya di alam jiwa..
Di dunia nyata, dalam segala gerak..
Di sepanjang nafas Dan langkah..
Semoga seperti itulah diri Kita di Hari kemenangan ini..
Selamat Idul Fitri Mohon Maaf Lahir Batin

*
*
*

Waktu mengalir bagaikan air
Ramadhan suci akan berakhir
Tuk salah yg pernah Ada
Tuk khilaf yg sempat terucap
Pintu maaf selalu kuharap
Met Idul Fitri

*
*
*

Walaupun Hati gak sebening XL Dan secerah MENTARI.
Banyak khilaf yang buat FREN kecewa,
Kuminta SIMPATI-mu untuk BEBAS kan dari ROAMING dosa
Dan Kita semua hanya bisa mengangkat JEMPOL kepadaNya
Yang selalu membuat Kita HOKI dalam mencari kartu AS
Selama Kita hidup karena Kita harus FLEXIbel
Untuk menerima semua pemberianNYA Dan menjalani
MATRIX kehidupan ini…Dan semoga amal Kita tidak SIA-SIA…
Mohon Maaf Lahir Batin.

*
*
*

Satukan tangan,satukan hati
Itulah indahnya silaturahmi
Di Hari kemenangan Kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Mohon Maaf Lahir Batin

*
*
*

Selamat Hari Raya Idul Fitri
Taqobalallahu minnaa wa minkum
Shiyamanaa wa shiyamakum
Minal ‘aidin wal faizin
Mohon maaf lahir dan batin




#Dari kami warga PRS UTeM

Wednesday 10 August 2011

PERKAMPUNGAN PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) - PERSIS IPTA

24 - 27 MEI 2011

Perkampungan PRS peringkat kebangsaan telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Perkampungan ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bersamaan pada tarikh diatas. PRS UTeM telah menghantar seramai 10 orang peserta iaitu 6 lelaki dan 4 perempuan untuk menyertai perkampungan tersebut di samping menimba ilmu dan pengalaman terutama kepada ahli-ahli exco yang baru dilantik. Persis UTM merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran perkampungan prs ini. Disamping itu, diadakan juga mesyuarat PRS peringkat kebangsaan di mana semua wakil PRS dari setiap IPT berdiskusi dan dapat berkenalan antara satu sama lain.

Objektif Perkampungan PRS Kebangsaan ini diadakan antarnya ialah :
  1. Menghargai dan mengiktiraf sumbangan PRS.
  2. Meningkatkan kesedaran dikalangan warga kampus akan kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
  3. Meningkatkan motivasi yang tinffi dikalangan ahli-ahli prs untuk terus berkhidmat dengan universiti melalui kaedah menjadi perunding cara kepada rakan-rakan sepengajian.
  4. Menerapkan ilmu-ilmu serta kemahiran insaniah kepada para peserta.
  5. Menjadi lapangan untuk perkongsian pendapat, pengalam, ilmu dan sebagainya yang amat berguna untuk prs dan warga kampus khususnya.
  6. Mewujudkan kemahiran kepimpinan dikalangan ahli prs dan peserta.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkampungan tersebut yang dijadualkan seperti berikut :

SELASA, 24 MEI 2011

3pm                              : Pendaftaran
3.30pm – 5pm              : Ice-breaking / Taklimat
5pm – 6.30pm              : Persiapan diri
6.30pm – 7.15pm         : Makan Malam
7.30pm – 8.30pm         : Solat / Pengisian Kerohanian
8.30pm – 10.30pm       : Majlis Suai Kenal
10.30pm – 11pm          : Taklimat
11pm                           : Minum Malam

RABU, 25 MEI 2011

6.45am – 8.30am         : Persiapan diri / Sarapan
9am – 11am                 : Bertolak ke Destinasi Program Khidmat Masyarakat
10am – 1pm                 : Gotong-royong Perdana
1pm – 2pm                   : Makan Tengahari / Solat
2.30pm – 4.30pm         : Sambungan aktiviti
4.30pm – 5.30pm         : Minum Petang / Solat
6pm                             : Bertolak balik

7.30pm – 8pm              : Solat Maghrib
8.30pm – 11pm            : Jamuan Makan Malam Ala Kampung & Majlis Perasmian
11pm                           : Bersurai

KHAMIS, 26 MEI 2011

6.45am – 8.30am         : Persiapan diri / Sarapan
8.30am – 9am              : Taklimat
9am – 1pm                   : Explorace Kaunseling / Kuiz / Games
1pm – 2pm                   : Solat / Makan Tengahari
2.30pm – 5pm              : Program Kuasa Minda bersama En. Osman Affan
5pm – 5.30pm              : LDK
5.30pm – 6.30pm         : Solat / Minum Petang
6.30pm – 7.30pm         : Persiapan diri
7.30pm – 8.30pm         : Solat / Makan Malam
8.30pm – 11pm            : Malam Kebudayaan (Persembahan Kumpulan)

 
JUMAAT, 27 MEI 2011

7am – 8.30am              : Persiapan diri / Sarapan
9am – 10.30am            : Pembentangan Kertas Kerja
Peranan PRS terhadap Pembangunan Modal Insan :      Kesukarelawan
                                      Oleh PM Dr. Zuraidah Abd. Rahman
10.30am – 11am          : Minum Pagi
11am – 12.30 pm         : Majlis Penutup

Untuk pengetahuan PM Dr. Zuraidah Abd. Rahman merupakan Pengasas Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang telah dijemput khas untuk berkongsi sebanyak mungkin ilmu-ilmu berkaitan dengan PRS trutamanya peranan PRS itu sendiri agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita terutama terhadap Pembangunan Modal Insan. Semua peserta berasa sangat gembira dan bertuah dapat bertemu dengan pengasas PRS itu sendiri terutama kepada ahli-ahli yang baru menyertai PRS itu sendiri.
 

Tuesday 9 August 2011

KONVENSYEN KELAB PEMADAM IPT 2011




Konvensyen Kelab Pemadam peringkat IPT telah diadakan di UTM, Skudai, Johor yang berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 20 Mei 2011 hingga 22 Mei 2011. Konvensyen tersebut diadakan untuk mengumpulkan semua Kelab Pemadam di seluruh IPT termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti. PRS UTeM telah menghantar 5 orang ahli PRS untuk menyertai konvensyen tersebut. Objektif Konvensyen ini diadakan adalah :
  • Membentuk tingkah laku dan nilai sahsiah di samping berinteraksi antara ahli kelab pemadam ke arah perkongsian.
  • Memberi ruang dan peluang menunjukkan bakat melalui mendeklamasi sajak, puisi dan sebagainya dalam konteks pencegahan dadah.
  • Memberi maklumat yang lebih mendalam tentang dadah dan melahirkan generasi muda yg lebih positif dan berpengetahuan sebagai pemangkin masa depan negara
  • Menyokong dasar-dasar kerajaan dalam mencegah penagihan najis dadah, negara bebas dadah tahun 2015
  • Mewujudkan kelab pemadam di setiap IPT/Politeknik dan Kolej Komuniti
Antara-antara aktiviti yang diadakan pada hari kejadian ialah
  1. Demonstrasi hukuman sebatan dan tali gantung terhadap pesalah-pesalah dadah yang diantaranya dimiliki atau digunakan oleh pesalah tersebut. Demonstrasi tersebut ditayangkan melalui video oleh pegawai penjara daripada Jabatan Penjara Malaysia Simpang Renggam, Johor yang ditunjukkan bagaimana hukuman tersebut dijalankan dan juga contoh jenis tali gantung yang digunakan. 
  2. Demonstrasi unit anjing pengesan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan video jenis anjing digunakan untuk mengesan pesalah-pesalah memilik dadah pada badan mereka. 
  3. Perkongsian pengalaman bersama bekas penagih dadah yang kini menjadi seorang yang berjaya. 
  4. Pertandingan Sajak Sayembara antara IPT yang para peserta mendeklemasikan sajak mengenai anti dadah dan hampir semua IPT menyertai pertandingan ini.
  5. Larian IPT diadakan di konvensyen tersebut yang disertai oleh semua IPT yang datang. 
  6. Majlis Makan Malam sempena Penutup konvensyen tersebut dengan menjadikan Haziq Akademi Fantasia (AF) sebagai ikon kelab pemadam peringkat IPT...
  7. Booth menderma darah.
  8.  
     



     
     

    Saturday 6 August 2011

    Breaking Adrenaline

    Breaking Adrenaline

    Pada 12 Mac 20111, satu program Breaking Adrenaline telah diadakan di sekitar kawasan UTeM. Program ini dianjurkan dengan penglibatan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai fakulti.

    Pada jam 9.30 pagi selepas taklimat program, peserta dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan diberikan kad kawalan bagi memastikan peserta mengikut check point yang telah ditetapkan pada kad kawalan masing-masing. Kemenangan adalah berdasarkan pada catatan masa mula dan tamat pada kad kawalan.

    Aktiviti seperti memanah, berkayak, dan merentasi halangan antara aktiviti yang telah diadakan didalam program ini.

    Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan unit Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) kepada mahasiswa/I UTeM. 

    Selain itu, member pendedahan dadah melalui explorace yang dilakukan dengan menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan. 

    Acara penutupan telah diadakan dan program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Encik Zainudin Ahmad. Program berakhir pada 2 petang.

    Friday 5 August 2011

    Pengumuman

    kelab PRS UTeM akan upload aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dari tahun 2010 hingga 2011.

    Ianya akan mengambil sedikit masa untuk  mendapatkan maklumat yang bersesuaian.
    Moga aktiviti-aktiviti yang dipamerkan ini dapat menjadi sedikit pengetahuan pengunjung blog serta Ahli-ahli PRS UTeM berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seterusnya dapat mengikuti aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang. 

    Hebahan mengenai program akan dihebahkan melalui Poster di sekitar kampus, kolej kediaman dan juga facebook.


    Thursday 4 August 2011

    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB PRS


    8.30 Malam – 10.30 Malam
    21 Oktober 2010

    PERJALANAN PROGRAM

    Pada 21 Oktober 2010, ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Pembimbing Rakan Siswa khusus bagi semua ahli PRS yang bertempat di Dewan Auditorium Canselori. Program ini diketuai oleh pengarah program iaitu saudara Muhamad Nur Bin Sulaiman. Seramai 41 orang pelajar perempuan dan 31 orang pelajar lelaki termasuk urusetia telah menyertai Mesyuarat Agung Tahunan ini. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membentuk kepimpinan organisasi yang baru selain dapat menyalurkan idea ahli bagi memantapkan lagi keberkesanan pentadbiran PRS.

    Tepat jam 8.30 mlm, program dimulakan dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis. Program di teruskan dengan ucapan aluan daripada Presiden PRS sesi 2009/2010 iaitu saudara Amir Nazeem Mahamad Tabor. Tidak ketinggalan, tayangan montaj dan sesi penyampaian sijil dan cenderamata diberikan sebagai tanda penghargaan kepada ahli jawatankuasa PRS yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin sepanjang sesi 2009/2010. Seterusnya, program ini diteruskan lagi dengan pembubaran ahli jawatankuasa PRS 2010 dan kemuncaknya perlantikan ahli jawatankuasa PRS 2010/2011. Dengan kepimpinan baru yang dipimpin oleh saudara Mohamad Aizuddin Saari  ini, diharapkan dapat meneruskan gerak kerja organisasi baru ini dan dapat meningkatkan prestasi kelab.




















    EXAM NO FEAR

    EXAM NO FEAR
    TARIKH:       29 Mac-1 April 2010

    Sempena peperiksaan akhir yang akan berlansung bagi sesi Januari-Mei, PRS UTeM Program ini juga dengan kerjasama Unit Kaunseling & Pemajuan Akedemik Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dan Badan Dakwah & Rohaniah (BADAR) telah menganjurkan program EXAM NO FEAR  yang berlangsung selama seminggu bermula dari 29 Mac hingga 1 April 2010.

    Antara aktiviti yang dilakukan ialah pameran dan dedikasi, serta menandatangani memorandam dam menulis kata-kata semangat pada kain renteng. Sesi ceramah mengenai teknik-teknik menjawab peperiksaan juga telah dilangsungkan pada 24 Mac 2010 yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hazrul bin Md Esa, Pegawai Psikologi yang dari Bahagian Kesejahteraan Personel, Pejabat Pendaftar UTeM bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan peperiksaan untuk mencapai kejayaan dalam akedemik disamping memberi pendedahan tentang teknik-teknik menghadapi peperiksaan dengan betul.

    ROAD TOUR DE FACULTY

    ROAD TOUR DE FACULTY
    TARIKH:       18 Januari 2010-22 Januari 2010

    Program yang dijalankan dari 18-22 Januari ini adalah untuk mempromosikan Unit Kaunseling dan keperluannya kepada semua warga kampus terutamanya mahasiswa dan siswi UTeM. Ahli jawatankuasa terdiri daripada Pegawai Psikologi UTeM, Kaunselor Pelatih UTeM dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya seperti mengedar risalah dam membuat pengumuman berkenaan Unit Kaunseling di kelas-kelas, pertandingan kuiz, Bengkel Kemahiran Komunikasi Asertif dan sebagainya.

    Road Tour De Fakulti ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan berikutan respon yang diberikan melalui soalan kuiz yang dihantar ke Unit Kaunseling Ramai pelajar juga turut berminat untuk mengikuti sesi kaunseling samada kaunseling individu mahupun kaunseling kelompok.







    PROGRAM SEJALIN IKATAN-SEHARI BERSAMA PRS

    20 Julai 2010
    Dewan Auditorium Canselori UTeM

    Pada 20 julai 2010, kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM telah mengadakan satu program “Sejalin Ikatan Sehari Bersama PRS” yang telah diadakan di Dewan Auditorium Canselori UTeM.

    Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memperkenal dan memberi pendedahan awal tentang kepentingan PRS kepada para pelajar disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara ahli-ahli baru dan lama di dalam PRS. 

    Seramai hampir 150 orang pelajar telah hadir pada malam tersebut. Perjalanan program dimulakan dengan bacaan doa oleh dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden Kelab PRS UTeM sesi 2009/10, saudara Amir Nazeem Mahamad Tabor dan Puan Hadibah Tahir selaku penasihat kelab .Majlis diteruskan dengan tayangan montaj yang memaparkan carta organisasi kelab, senarai aktiviti yang telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan. 

    Majlis diserikan lagi dengan aktiviti  “refreshment”. Antara aktiviti yang dilakukan adalah permainan ular naga,telinga oh telinga  dan Gemuruh dan Pelita. Majlis diteruskan dengan aktiviti pengenalan daripada setiap biro dalam Kelab PRS oleh setiap Wakil biro. Pegawai dan para peserta dijemput untuk menikmati sedikit jamuan yang disediakan. Akhirnya majlis bersurai pada jam 11.00 malam.










    ZOO VOLUNTEER


    4.00 Petang – 6.30 Petang
    1 September 2010


    PERJALANAN PROGRAM

    Pada 1 September 2010, ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM telah mengadakan program Zoo Volunteer untuk pelajar-pelajar UTeM yang bertempat di Zoo Ayer Keroh, Melaka. Program ini diketuai Pengarah Program iaitu Norulsyazne binti Abdul Ghani dan  Messes A. Binti Muhammad Nasir.

    Program ini telah disertai seramai  39 orang pelajar perempuan dan 22 orang pelajar lelaki termasuk urusetia. Program ini dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Hidupan Liar di Zoo Melaka iaitu En. Mohd Fauzi bin Mohd Zain, bersama-sama pekerja beliau. Para peserta telah ditugaskan untuk bergotong-royong bersama-sama di kawasan sekitar zoo tersebut. Semua peserta kelihatan bersemangat untuk bergotong-royong dan masing-masing bekerjasama antara satu sama lain.

    Walaupun program ini dijalankan di bulan Ramadhan tetapi mereka tidak kelihatan penat untuk melakukan gotong-royong tersebut. Program ini hanya mengambil masa satu jam setengah tetapi para peserta tidak pulang dengan tangan kosong. Dengan ini, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta dan memupuk semangat kerjasama serta melahirkan para pelajar yang fleksible dengan aktiviti sahsiah dan akedemik.