Tuesday 10 March 2015

Gerai PRS UTeM di Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 "Jom Masuk IPT"




Pada tanggal 7 Mac 2015 hingga 8 Mac 2015, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM telah menjalankan aktiviti jualan sepanjang berlangsungnya Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 "Jom Masuk IPT" Kali ke-11 di MITC Melaka.

Di Karnival "Jom Masuk IPT ", PRS UTeM telah menjual pelbagai barang dan makanan termasuklah tudung, air minuman, buah-buahan, sandwich, wedges, choco jar, kuih talam dan minyak wangi kepada semua hadirin yang hadir di karnival tersebut.

Alhamdulillah, jualan yang dilakukan disambut meriah oleh hadirin yang datang ke karnival tersebut.

Tahniah diucapkan kepada exco UNIT BIZZ (Keusahawanan dan Pengurusan Aset) dan exco-exco PRS UTeM yang lain kerana bersama-sama membantu dalam aktiviti jualan kali ini.














~Pencetus Revolusi Siswa~