Saturday 23 November 2013

KEM ASAS PRS SESI 2013/2014



Pada 25, 26 dan 27 Oktober, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan program “Kem Asas PRS sesi 2013/2014” bertempat di bengkel Kokurikulum, UTeM. Program ini disertai oleh 25 orang ahli PRS UTeM. Program ini berfokuskan untuk mendedahkan 7 asas kemahiran menolong yang perlu ada dalam setiap ahli PRS. Program bermula pada 25 Oktober 2013 pada 6.00 petang. 

Agenda pertama pada hari pertama kem ini adalah mendirikan khemah di tempat perkhemahan yang telah disediakan. Tepat jam 8.30 malam, slot 1 iaitu “Ice Breaking” dan pembahagian kumpulan telah dijalankan dan 4 kumpulan telah dibentuk. Setiap peserta diminta untuk melakarkan objektif dan matlamat mereka dalam menyertai kem. 

Pada hari kedua, 26 Oktober 2013, peserta menjalani aktiviti senamrobik. Semua kumpulan diminta mencipta satu “refreshment”. Aktiviti berjalan dengan lancarnya. Pada 8.00 pagi, semua peserta bersarapan. Slot 2 dan 3 telah dimulakan pada jam 9 pagi iatu Sesi Pengenalan PRS dan 7 Asas Kemahiran PRS. Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan untuk memantapkan lagi kefahaman setiap peserta dalam kumpulan. Slot 4 iaitu Kemahiran Berkomunikasi bermula sehingga 3.25 petang. Pada 3.30 petang, aktiviti “Explorace” dijalankan. Lokasi melibatkan tapak Konvokesyen yang berlangsung di sekitar Dewan Besar UTeM dan berakhir pada 6.30 petang. Program diserikan lagi dengan bermulanya slot 5 iaitu perbentangan daripada setiap kumpulan berkenaan aktiviti sepanjang “Explorace” pada petang tersebut. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 9.00 malam sehingga jam 12.00 malam. 

Pada hari ketiga, 27 Oktober 2013, aktiviti bermula dengan senaman dan “jogging”. Agenda berikutnya bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi dimana slot ini dikendalikan oleh saudara Farizal Bin Kamarzaman dan saudari Nur Liyana Binti Ahmad. Slot ini menbincangkan peranan sebenar PRS terhadap masyarakat disekeliling. 




































Friday 22 November 2013

PROGRAM MOTIVASI ‘JOM P-KAMPUNG’ 2013

Pada 19 Oktober 2013, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan program motivasi ‘Jom P-Kampung’ bertempat di Rumah Anak Yatim dan Miskin (PAYASUM), Sungai Udang, Melaka.
Program ini melibatkan 33 penyertaan daripada pihak UTeM yang terdiri daripada 6 orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK), 10 orang fasilitator dan 17 orang peserta. Penyertaan daripada PAYASUM adalah seramai 57 orang yang terdiri daripada 25 peserta lelaki dan 32 peserta perempuan. 

Pelajar UTeM bersarapan bersama anak-anak yatim dan miskin setibanya di PAYASUM pada pukul 8.30 pagi. Program bermula pada pukul sembilan pagi dan berakhir pada lima petang. Aktiviti program bermula dengan sesi ‘ice breaking’ bersama para peserta. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa di kalangan peserta disamping mengurangkan rasa takut dan tertekan dalam diri peserta.

Sebelum program ini diteruskan, para peserta diberikan fail cenderahati yang mengandungi sebatang pen dan sebuah buku. Para peserta dibahagikan kepada sepuluh kumpulan yang terdiri daripada peserta UTeM dan peserta PAYASUM. Setiap kumpulan ditugaskan untuk memilih nama kumpulan dan membuat ‘cheers’ untuk kumpulan masing-masing. Pada pukul 10.45 pagi, program ini diteruskan lagi dengan latihan dalam kumpulan (LDK) pertama. Seterusnya, dua orang wakil daripada setiap kumpulan perlu dihantar bagi menjalankan permainan “Paku Race”. Peserta perlu membawa paku-paku yang telah dibina tersebut ke garisan penamat. Aktiviti ini menguji kesabaran, ketekunan dan semangat berpasukan antara ahli kumpulan.

Aktiviti seterusnya dijalankan pada pukul 11.45 pagi. Setiap peserta termasuk fasilitator dibekalkan dengan sehelai kertas. Kertas tersebut dilipat kepada lapan bahagian. Kejujuran dan keikhlasan setiap peserta diuji melalui aktiviti ini.

Pada pukul 12.05 tengah hari, LDK kedua iaitu Permainan Kotak Beracun dijalankan. Seterusnya, lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir dimainkan bagi menaikkan kembali semangat para peserta untuk meneruskan aktiviti lain. Setelah itu, program dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada para peserta untuk makan tengah hari dan menyempurnakan solat Zohor secara berjemaah.

Pada pukul 2.30 petang, ‘refreshment’ dilakukan sebelum LDK ketiga iaitu Hobiku dijalankan. Aktiviti ini bertujuan bagi menyedarkan setiap peserta supaya tidak terlalu cepat menilai orang daripada luaran semata-mata. Pada pukul 4.15 petang, majlis penutup dilangsungkan. Pihak UTeM memberi sedikit sumbangan wang dan baju kepada Rumah Anak Yatim & Miskin. 

Program berakhir pada jam 4.30 petang. Sebelum meninggalkan program, sesi pengambaran bersama-sama semua peserta yang terlibat. Pelajar UTeM bertolak pulang pada jam 5.30 petang.