Wednesday 8 April 2015

KEM PEMANTAPAN PRS 2014/2015


Pada 3 hingga 5 April, Pembimbing Rakan Siswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (PRS UTEM) telah mengadakan Kem Pemantapan PRS sesi 2014/2015 yang bertempat di Bengkel Kokurikulum UTeM, Melaka.

Seramai 34 orang peserta telah menyertai Kem Pemantapan PRS sesi 2014/2015 tersebut. Kem ini telah dikendalikan oleh para fasilitator yang terdiri daripada barisan exco, Majlis Tertinggi PRS UTeM beserta mantan-mantan PRS. 

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang kepentingan dan keperluan kemahiran insaniah terutamanya dalam aspek kepimpinan dan seterusnya mendedahkan cara untuk mengaplikasikan kepimpinan dalam pembelajaran dan berpersatuan. Selain itu, program ini juga merupakan kesinambungan daripada Kem Asas PRS yang telah dijalankan sebelum ini.

Alhamdulillah, kem ini mendapat galakkan daripada ahli PRS UTeM dan berlangsung dengan jayanya dan meninggalkan impak yang mendalam kepada peserta peserta yang menyertainya. Diharapkan ukhuwah yang terbina di dalam kem ini akan kekal untuk selamanya. 

Shout Out ' PRS UTEM ' ...... HEBAT !!!!

Day 1 : 

Peserta-peserta selamat tiba di Bengkel Kokurikulum, UTeM.

Peserta sedang mendaftarkan diri  mereka kepada AJK pendaftran.

Peserta berada di tempat perkhemahan.

Camp Com sedang memberi penerangan kepada para peserta.

Modurator sedang memberi penerangan kepada para peserta 
tentang aktiviti yang akan dijalankan.


Peserta sedang memperkanalkan diri mereka semasa aktivit ice breaking.

Aksi Cheers daripada kumpulan 'Monkey D'Luffy'.

Barisan Fasilitator.


Day 2 :



















Day 3 :














#PencetusRevolusiSiswa
#PRSUTeM
#KeranaUkhuwahKitaUtuhBersama