Tuesday 23 December 2014

SEHARI BERSAMA PRS ZON SELATAN

Pada 20 Disember 2014, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS UTeM) telah mengadakan Program 'Sehari Bersama PRS Zon Selatan'  dengan kerjasama daripada PERSIS UTM dan KKDK UTHM yang bertempat di Pantai Tanjung Bidara, Melaka.

Seramai 120 orang peserta termasuk peserta dari PERSIS UTM, KKDK UTHM dan PRU USIM telah menyertai Program 'Sehari Bersama PRS Zon Selatan' ini.

Pendaftaran bermula seawal 8.00 hingga 9.00 pagi. Selesai pendaftaran , peserta dibekalkan sarapan pagi.

Selepas sarapan pagi, peserta dikehendaki berkumpul bagi memulakan aktiviti senamrobik. Aktiviti senamrobik ini di pimpin oleh ajk aktiviti iaitu Muhammad bin Muhammad Razib, Faris Bin Samsudin, Siti Rosnieza Ellisa Binti Jamal dan Syakira Binti Mohammad Isa.

Selesai senamrobik, peserta dikehendaki membuat bulatan yang besar untuk sesi ice breaking.

Sesudah peserta berkenalan sesama peserta melalui ice breaking, peserta dikendaki beratur mengikut universiti masing masing, dan pecahan kumpulan dibahagikan mengikut gambar yang diberikan kepada peserta.

Aktiviti pertama LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dimulakan dengan aktiviti 'Duniaku Dunia Baru'. Setiap kumpulan diminta untuk membuat sorakan bagi kumpulan mereka.

 Aktiviti kedua LDK (Latihan Dalam Kumpulan) adalah 'Save your treasure' dimana setiap kumpulan diberikan beberapa biji belon untuk dijaga dan melindungi belon tersebut dari dirosakkan kumpulan lain.

Aktiviti ketiga LDK (Latihan dalam Kumpulan) ialah 'Is Ketam Bola'.

Pada jam 12.30 tengahari, aktiviti diberhentikan dan peserta boleh menikmati makanan tengahari mereka.

Selesai makan tengahari, peserta diminta mempersiapkan diri bagi menunaikan solat Zuhur dan berkumpul kembali pada pukul 2.00 petang.

Aktiviti seterusnya diteruskan lagi dengan aktiviti 'War games' dan tarik tali antara peserta.

Peserta diminta untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Asar sebelum majlis penutup bermula.

Majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad bin Muhammad Razib.

Penyampaian cenderahati diberikan kepada setiap wakil setiap univerisiti dan penyampaian hadiah pula diberikan kepada wakil setiap kumpulan aktiviti pada majlis penutup.

Seterusnya, peserta bersurai pada pukul 6.00 petang.

_________________________________________________________________________________