Tuesday 23 December 2014

SEHARI BERSAMA PRS ZON SELATAN

Pada 20 Disember 2014, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS UTeM) telah mengadakan Program 'Sehari Bersama PRS Zon Selatan'  dengan kerjasama daripada PERSIS UTM dan KKDK UTHM yang bertempat di Pantai Tanjung Bidara, Melaka.

Seramai 120 orang peserta termasuk peserta dari PERSIS UTM, KKDK UTHM dan PRU USIM telah menyertai Program 'Sehari Bersama PRS Zon Selatan' ini.

Pendaftaran bermula seawal 8.00 hingga 9.00 pagi. Selesai pendaftaran , peserta dibekalkan sarapan pagi.

Selepas sarapan pagi, peserta dikehendaki berkumpul bagi memulakan aktiviti senamrobik. Aktiviti senamrobik ini di pimpin oleh ajk aktiviti iaitu Muhammad bin Muhammad Razib, Faris Bin Samsudin, Siti Rosnieza Ellisa Binti Jamal dan Syakira Binti Mohammad Isa.

Selesai senamrobik, peserta dikehendaki membuat bulatan yang besar untuk sesi ice breaking.

Sesudah peserta berkenalan sesama peserta melalui ice breaking, peserta dikendaki beratur mengikut universiti masing masing, dan pecahan kumpulan dibahagikan mengikut gambar yang diberikan kepada peserta.

Aktiviti pertama LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dimulakan dengan aktiviti 'Duniaku Dunia Baru'. Setiap kumpulan diminta untuk membuat sorakan bagi kumpulan mereka.

 Aktiviti kedua LDK (Latihan Dalam Kumpulan) adalah 'Save your treasure' dimana setiap kumpulan diberikan beberapa biji belon untuk dijaga dan melindungi belon tersebut dari dirosakkan kumpulan lain.

Aktiviti ketiga LDK (Latihan dalam Kumpulan) ialah 'Is Ketam Bola'.

Pada jam 12.30 tengahari, aktiviti diberhentikan dan peserta boleh menikmati makanan tengahari mereka.

Selesai makan tengahari, peserta diminta mempersiapkan diri bagi menunaikan solat Zuhur dan berkumpul kembali pada pukul 2.00 petang.

Aktiviti seterusnya diteruskan lagi dengan aktiviti 'War games' dan tarik tali antara peserta.

Peserta diminta untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Asar sebelum majlis penutup bermula.

Majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad bin Muhammad Razib.

Penyampaian cenderahati diberikan kepada setiap wakil setiap univerisiti dan penyampaian hadiah pula diberikan kepada wakil setiap kumpulan aktiviti pada majlis penutup.

Seterusnya, peserta bersurai pada pukul 6.00 petang.

_________________________________________________________________________________











































































Sunday 26 October 2014

DELEGASI UKHUWAH PRS UTeM KE IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Pada 19 Oktober 2014, PRS UTeM telah mengadakan Delegasi Ukhuwah PRS UTeM ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPGKPM) yang disertai seramai 37 orang ahli PRS UTeM. Delegasi Ukhuwah PRS UTeM ini berlangsung sehari sahaja yang bermula daripada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Delegasi kami disambut dengan baik dan mesra oleh Pembimbing Rakan Siswa (PeeRS) serta dari Pegawai Psikologi IPGKPM yang merupakan penasihat kelab tersebut.

Delegasi Ukhuwah PRS UTeM dengan institusi luar adalah untuk :


  •  Memberi pendedahan nilai kerjasama kepada para pelajar walaupun baru berkenalan dan datang dari tempat yang berbeza.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal pelajar lain dengan lebih mesra.
  • Memberi pendedahan nilai kerjasama kepada para pelajar walaupun baru menganali antara satu sama lain.
  • Membentuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar agar berani untuk bercakap di hadapan khalayak ramai.

Tentatif program ini :


                         7.30 pagi    : Berkumpul di Pusat Persatuan Pelajar
                         8.30 pagi    : Bertolak ke IPG
                         9.45 pagi     : Ice Breaking (PRS IPG dan PRS UTeM)   
                       
                         10.15 pagi   : Slot therapy oleh cikgu Ahmad Bin Pandak dari IPG

                         1.00 petang : Makan tengah hari
Solat Zuhur 

                         2.30 petang : Perkongsian dan Perbincangan Dua Hala antara PRS IPG
dan PRS UteM

                        4.00 petang  : Slot aktiviti bersama PRS IPG dan PRS UteM

                        6.00 petang  : Solat Asar
                                               Bertolak pulang
























-PRS UTeM-
-Pencetus Revolusi Siswa-









Friday 24 October 2014

[SALAM MA'AL HIJRAH 1436H]


Salam Ma'al Hijrah 1436H diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Semoga tahun baru yang bakal dilalui ini, menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Sama-sama kita semai azam menjadi hamba Allah yang lebih baik, lebih bersyukur, lebih bertakwa dan lebih beriman kepada-Nya. InsyaAllah. 

Daripada kami , Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS UTeM).

‪#‎SalamMaalHijrah‬
‪#‎1436H‬
‪#‎prsUTeM‬
‪#‎pencetusRevolusiSiswa‬


Monday 20 October 2014

BENGKEL PERANCANGAN AKTIVITI PROGRAM SESI 2014/2015 DAN PERKONGSIAN MODUL PRS UTeM

Pada 11 Oktober 2014, Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM telah mengadakan Bengkel Perancangan Aktiviti Program Sesi 2014/2015 dan Perkongsian Modul PRS UTeM yang bertempat di Bilik Tayangan Perpustakaan, UTeM.

Seramai 43 orang termasuk ahli jawatankuasa PRS UTeM  telah menyertai Bengkel Perancangan Aktiviti Program Sesi 2014/2015 dan Perkongsian Modul PRS UTeM ini.


Pendaftaran peserta bermula seawal jam lapan sehingga sembilan pagi. Seusai peserta mendaftarkan diri, peserta dibekalkan sarapan pagi.

Selepas sarapan pagi, pembukaan program dirasmikan oleh Mohd Firdaus Syukry Bin Saudey (Presiden PRS UTeM).

Pada pukul 9.00 pagi, sesi ice breaking dimulakan bagi melepaskan kekakuan/kebekuan antara peserta dengan peserta yang lain atau peserta dengan fasilitator dan saling mengenal peserta satu sama lain. Sesi ice breaking ini dikendalikan oleh para fasilitator yang terlibat.

Seusai sesi ice breaking, tepat jam 9.30 pagi, slot pertama program dimulakan dengan perancangan aktiviti-aktiviti PRS. Slot pertama ini selesai pada jam 10.30 pagi.

Selepas itu, para pesertaa diberikan rehat selama setengah jam, dan program bersambung dengan slot kedua perancangan aktiviti-aktiviti PRS.

Seterusnya, pada jam 12.00 tengahari, refreshment dilakukan bagi menyegarkan kembali diri selepas melakukan dua-dua slot perancangan aktiviti PRS.

Pada jam 12.15 tengahari, program terus bersambung dengan Perkongsian Modul PRS UTeM yang dikendalikan oleh para fasilitator.

Program berhenti seketika untuk menunaikan solat Zuhur dan makan tengahari.

Pada jam 2.00 petang,  aktiviti Genarate Idea Modul PRS dikendalikan oleh fasilitator sehingga 4.00 petang dan para peserta diminta duduk dalam kumpulan kecil bagi mencetuskan refreshment baru.

Penutupan program dilakukan oleh Mohd Firdaus Syukry Bin Saudey (Presiden PRS UTeM).

Seterusnya, peserta bersurai pada pukul 5.00 petang.

Barisan AJK Pelaksana


Peserta-peserta yang hadir


Presiden PRS memberikan sedikit perkongsian kepada ahli jawatankuasa








~PRS UTeM~
~pencetusRevolusiSiswa~
~keranaUkhuwahKitaUtuhBersama~