Friday 30 May 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) KELAB PEMBIMBING RAKAN SISWA UTeM (PRS) 2013/2014

Pada 19 April 2014, kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah megadakan Mesyuarat Agung
Tahunan (AGM) PRS sesi 2013/2014 yang bertempat di Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UTeM, Durian Tunggal, Melaka bertemakan 'Arabian Night'.

Seramai 141 orang pelajar dari pelbagai fakulti iaitu FKE, FKEKK, FTMK, FKM, FKP, FTK dan FPTT telah menyertai Measyuarat Agung Tahunan PRS sesi 2013/2014 tersebut.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) 2013/2014 adalah program tahunan yang diadakan saban tahun. Setiap organisasi memerlukan struktur untuk bergerak bagi menjalankan sesuatu program. Setiap tahun, barisan kepimpinan akan bertukar dan mesyuarat
 agung tahunan diadakan supaya kepimpinan yang baru dapat dibentuk bagi meneruskan gerak kerja organisasi berkenaan. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi persatuan.

Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada ahli jawatankuasa PRS yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin sepanjang sesi 2013/2014 serta memperkenalkan presiden bagi sesi baharu 2014/2015. 

Mesyuarat tahunan PRS diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mendapat maklumat berkaitan aktiviti yang telah dilakukan sepanjang sesi 2013/2014.  

Pendaftaran peserta bermula pada pukul enam setengah hingga lapan malam. Peserta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan majlis dimulakan pada jam lapan malam.  

Pengacara majlis ialah saudara Muhammad Sabiq Bin Mohamad Nor Hisham dan saudari Nabila Huda Binti Mohamad. 

Seterusnya, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘UTeM terbilang’. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad bin Mohd Razib dan kata alu-aluan oleh saudari Siti Nurliyana Binti Ahmad sebagai wakil barisan Majlis Kepimpinan 2013/2014. Kemudian, saudari Nur Amirah Binti Amjath Jamal berucap untuk membubarkan Majlis Perwakilan PRS sesi 2013/2014 sekaligus mengumumkan Presiden Kelab PRS sesi 2014/2015 yang disandang oleh saudara Mohd Firdaus Syukry Bin Saudie @ Saudey. 

Sejurus selepas itu, berlangsungnya sesi penyerahan cenderahati kepada Majlis Tertinggi dan Exco Kelab PRS 2013/2014.


Majlis diakhiri dengan pengundian Exco sesi 2014/2015 yang diuruskan oleh saudara Mohd Firdaus Syukry bin Saudey dan jamuan. Calon-calon Exco PRS 2013/2014 ialah saudari Azira Bt Hamdan, saudari Nurul Hidayatun Hajira Bt Mt Saha, saudari Nadia Bt Naim, saudari Atikah Bt Kamaruddin, saudari Majidah Bt Mahadhir, saudari Masturah Bt Mesri, saudari Anisa Liyana Bt Zakaria, saudara Mohamad Syukri Bin Zulkefli, saudara Mohd Khairul Refdey Bin Mhd Ali, saudara Faris Bin Samsudin, saudara Muhammad Bin Muhammad Razib, saudara Wan Muhammad Zahed B Wan Mazlan, saudara Ilyas Bin Zakaria, saudara Afif Fahmi Bin Zamree, saudara Mohamad Alif Bin Ahmad dan saudara Mohamad Shahrul Hafizi Bin Shahidi. Hanya 10 orang sahaja yang terpilih iaitu saudari Nurul Hidayatun Hajira Bt Mt Saha, saudari Majidah Bt Mahadhir, saudari Masturah Bt Mesri, saudari Anisa Liyana Bt Zakaria, saudara Mohamad Syukri Bin Zulkefli, saudara Mohd Khairul Refdey Bin Mhd Ali, saudara Faris Bin Samsudin, saudara Wan Muhammad Zahed B Wan Mazlan, saudara Ilyas Bin Zakaria dan saudara Afif Fahmi Bin Zamree.

Akhirnya, jamuan.  


Poster AGM PRS 2013/2014 (Tema : 'The Arabian Night')


































AJK yang manegawal sesi pendaftaran peserta
Pengacara Majlis bagi AGM PRS 2013/2014


Ucapan alu-aluan oleh saudari Siti Nurliyana
Pengumuman Presiden PRS UTeM sesi 2014/2015 oleh saudari Nur Amirah
Ucapan Presiden PRS sesi 2014/2015
 
 
Penyerahan Cenderahati kepada Majlis Tertinggi dan Exco Kelab PRS UTeM 2013/2014.

Peserta-peserta yang hadir

Nyanyian Lagu Gemuruh oleh Majlis Tertinggi dan Barisan Exco Kelab PRS UTeM 2013/2014.


Persembahan nyanyian lagu 'Sebiru Hari Ini' oleh Mantan PRS UTeM , saudara Amir Nazeem
 
Majlis Tertinggi dan Exco Kelab PRS UTeM 2013/2014
Ahli Jawantankuasa Pelaksana AGM PRS UTeM 2013/2014








 





Monday 12 May 2014

KEM PEMANTAPAN PRS UTeM SESI 2013/2014

Pada tanggal 11-13 April 2014, kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM telah mengadakan program “Kem Pemantapan Kelab Pembimbing Rakan Siswa Sesi 2013/2014”. Kem ini telah diadakan di Taman Hutan Lagenda, Gunung  Ledang, Sagil, Johor.

Seramai 40 orang ahli-ahli PRS yang berdaftar dan telah mengikuti program Kem Asas yang mengikuti program ini dan program ini juga telah dikendalikan oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada barisan exco, Majlis Tertinggi PRS serta mantan-mantan.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang kepentingan dan keperluan kemahiran insaniah terutamanya dalam aspek kepimpinan dan seterusnya mendedahkan cara untuk mengaplikasikan kepimpinan dalam pembelajaran dan berpersatuan. Selain itu, program ini juga merupakan kesinambungan daripada Kem Asas PRS yang telah dijalankan terlebih dahulu.

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 4.30 petang di Pusat Persatuan Pelajar (PPP), dan kira-kira pada pukul 5.30 petang bas mula bertolak dari PPP ke Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang Sagil, Johor. Pada jam 6.15 petang para peserta telah tiba di Taman Hutan Lagenda dan persiapan perkhemahan dilakukan.

Setelah segala persiapan perkhemahan dan makan malam dilakukan, program ini dimulai dengan slot Ice-Breaking serta pembentukan kumpulan. Aktiviti “ Circle Link” dan “ First Expression” telah dijalankan. Selain itu, sistem token telah diperkenalkan dan ia bertujuan untuk mengajar erti kesungguhan dalam melakukan sesuatu kepada para peserta. 

Keesokan harinya, aktiviti peserta dimulai dengan solat subuh secara berjemaah serta senamrobik. Pada jam 7.30 pagi, para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi yang telah di masak sendiri oleh kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk memasak bagi melahirkan sikap kerjasama di dalam setiap diri ahli kumpulan dan merapatkan lagi ukhwah yang terjalin dalam setiap ahli.  Lebih kurang jam 8.00 pagi, sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan untuk memantapkan lagi kefahaman setiap peserta dalam kumpulan. 

Pada kali ini, sistem denda untuk kata-kata larangan telah diperkenalkan bagi menguji kepekaan dan pupuk erti syukur dalam diri setiap ahli. Slot 4 telah dijalankan pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Pada jam 2.30 petang telah dijalankan aktiviti explorace. Dalam aktiviti ini, peserta haruslah menempuh pelbagai rintangan dan halangan bagi menamatkan permainan ini. Jam 9.00 malam, bermulanya slot LDK 5 di mana aktiviti “ Jangan Tanya” serta “Penyelesaian Masalah” dijalankan. Slot ini tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam.


Hari ketiga iaitu hari terakhir bagi program ini, jam 8.00 pagi, slot 7 iaitu “Pilihan Raya” dimulakan. Pada slot yang terakhir iaitu slot 8, persembahan sketsa dari setiap kumpulan. Majlis penutupan telah dijalankan pada jam 11.00 pagi dan program ini telah tamat pada jam 12.00 tengah hari.