Sunday, 26 February 2012

KURSUS ASAS PRS 2011

Pada 2, 3 dan 4 Disember 2011, Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM (PRS UTeM) telah mengadakan satu Kursus Asas Pembimbing Rakan Siswa (PRS) untuk ahli-ahli baru Pembimbing Rakan Siswa UTeM.  Program ini telah diadakan selama tiga hari dua malam di Kem Modal Insan Parit Penghulu.  Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk sifat-sifat kepimpinan dan pembentukan jati diri dan sahsiah yang unggul disamping menerapkan kemesraan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli-ahli PRS.  Saudara Muhamad Nur Bin Sulaiman telah menjadi Pengarah Program dan Saudara Khairil Faiz Bin Kamarulzaman sebagai Timbalan Pengarah Program.  Segala perjalanan aktiviti telah diatur oleh pihak PRS UTeM dan disertai oleh 40 orang ahli baru Pembimbing Rakan Siswa dan 10 orang Ahli Jawatankuasa PRS.

PERJALANAN PROGRAM
Hari Pertama
·         Pada jam 5.00 petang semua peserta berkumpul di Ruang Legar Pusat Persatuan Pelajar (PPP). Pada jam 6.00 petang semua peserta bertolak dari UTeM ke kem dengan menaiki bas yang disediakan. Setelah tiba disana kami mengerjakan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah. Setelah selesai solat, kami melakukan Latihan Dalam Kumpulan (LDK 1) iaitu Ice Breaking. Ice Breaking ini berlangsung sehingga jam 12.30 malam. Setelah Ice Breaking kami bersurai.

Hari Kedua
·         Pada hari kedua, semua peserta bangun awal untuk mengerjakan solat subuh berjemaah dan mendengar tazkirah.
·         Kemudian, selepas itu kami membuat sedikit senamrobik bersama-sama peserta. Setelah siap bersarapan kami telah mengadakan sedikit Ceramah berkenaan dengan Pengenalan PRS kepada semua para peserta supaya mereka semua boleh mengenali dengan lebih lanjut lagi berkenaan PRS.
·         Setelah selesai ceramah kami telah mengadakan Bengkel Pengenalan Kemahiran Asas Menolong. Bengkel tersebut kami selitkan sekali simulasi bagi memudahkan kefahaman semua para peserta. Setelah selesai kami makan tengahari, solat dan terus ke Latihan Dalam Kumpulan (LDK 2) iaitu pendedahan kepada Kemahiran Dalam Menyelesaikan Masalah.
·         Setelah itu kami berhenti rehat untuk minum petang dan terus ke aktiviti yang seterusnya iaitu Explorace. Explorace ini dilakukan di dalam kampung sekitar kem yang kami duduki.
·         Setelah selesai Explorace, setiap kumpulan diberi tugasan untuk membentangkan apa yang telah mereka dapat sepanjang Explorace tersebut.Pembentangan perlulah dilakukan dalam bentuk video, gambar dan kesemua berkenaan enam Asas Menolong dalam PRS perlu di masukkan sekali. Semua kumpulan akan diberi masa sehingga selepas Solat Isyak untuk melakukan pembentangan tersebut.
·         Semua peserta diberi rehat untuk makan malam, Solat Isyak dan Solat Maghrib. Selepas selesai rehat semua peserta berkumpul di dewan untuk melakukan pembentangan kumpulan. Setelah selesai pembentangan kumpulan kami terus membawa peserta ke Latihan Dalam Kumpulan (LDK 3) iaitu Graf Kehidupan. Setelah selesai  LDK Graf Kehidupan kami telah mengadakan pertandingan bermain saham antara kumpulan. Setelah selesai para peserta bersurai.

Hari Ketiga
·         Pada hari ketiga ini iaitu hari terakhir, kami bersarapan jam 8 pagi. Selesai bersarapan, kami memulakan aktiviti dengan melakukan beberapa “refreshment” bersama-sama peserta dan membuka ruang untuk peserta bertanya lebih lanjut tentang PRS sebelum berangkat untuk pulang.
·         Seterusnya, peserta di beri masa untuk mengemas barang-barang dan tepat jam 2 petang kami berangkat untuk pulang.

































































No comments:

Post a Comment