Pada 13 Mei 2012,
Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM telah mengadakan Program Unite With UPM.
Program ini telah diterajui oleh Unit A-Care PRS UTeM. Program ini telah
diadakan selama sehari bertempat di Auditorium Canselori, Universiti Teknikal
Malaysia Melaka. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menjalinkan
hubungan yang erat dalam kalangan ahli Kelab PRS UTeM dan ahli Kelab Rakan
Siswa (KRS) Universiti Putra Malaysia (UPM) serta mengenali dan berkongsi ilmu
antara pemimpin pelajar dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan
pemimpin pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Saudari Nur Qurratul Ain
binti Adanan selaku Pengarah Program dari Kelab PRS UTeM dan saudari Nor
Syuhada binti Nor Azman selaku Pengarah Program dari Kelab KRS UPM. Perjalanan
program ini dibantu oleh saudara Mohd Firdaus Syukry bin Saudey sebagai Timbalan
Pengarah Program. Segala perjalanan aktiviti yang dijalankan telah diatur dari
perbincangan oleh pihak Kelab PRS UTeM dan Kelab KRS UPM.
·
Semua
peserta Kelab PRS UTeM telah bertolak dari kolej kediaman masing-masing dengan
menaiki bas UTeM pada pukul 7.00 pagi. Kira-kira
pada pukul 8.00 pagi, semua peserta telah selamat tiba di Canselori UTeM.
Peserta-peserta Kelab PRS UTeM telah
dibawa ke tempat program berlangsung iaitu di Dewan Seminar Auditorium Canselori
UTeM dan diminta untuk berkumpul di Dewan makan bersebelahan dengan Dewan
Seminar di situ. Peserta
Kelab PRS UTeM terdiri daripada 37 orang peserta. Setelah itu, peserta-peserta
diberi taklimat berkaitan perjalanan program yang akan berlangsung dan diberi
sedikit refreshment yang akan digunakan semasa program, refreshment tersebut
disampaikan oleh AJK Aktiviti yang diketuai oleh saudara Mohd Asyraf bin
Asidin. Antara refreshment yang diajar ialah ‘Laici Kang’, ‘Pangilan Kubur’, ‘Bim
Bam’ dan ‘Jambatan Goyang-goyang’.
Tepat
pada pukul 9.30 pagi, peserta Kelab Rakan Siswa (KRS) Universiti Putra Malaysia
(UPM) telah tiba di Canselori UTeM. Seramai 29 peserta iaitu terdiri dari 5 orang
peserta lelaki dan 24 orang peserta perempuan yang hadir. Peserta-peserta
daripada KRS UPM telah disambut oleh ahli jawatankuasa program dan Majlis
Tertinggi PRS UTeM. Kira-kira 9.45 pagi peserta KRS UPM telah selesai
mendaftarkan diri yang dikendalikan oleh AJK pendaftaran. Kesemua peserta PRS
UTeM dan KRS UPM telah dialu-alukan untuk masuk ke Dewan Seminar Auditorium
Canselori. Tepat pukul 9.50 pagi majlis pembukaan telah
dilaksanakan oleh AJK protokol. Majlis pembukaan dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku dan lagu UTeM Terbilang, seterusnya diikuti bacaan doa serta ucapan
alu-aluan dari presiden PRS UTeM iaitu saudara Muhammad Alif bin Norizan dan presiden
KRS UPM iaitu saudara Awangku Muhammad Aisanuddin.
Kira-kira
10.45 pagi peserta telah selesai minum pagi dan bergerak untuk masuk semula ke
Dewan Seminar untuk memulakan aktiviti yang pertama iaitu Ice Breaking. Di dalam Ice Breaking ini peserta PRS UTeM dan
KRS UPM telah di gabungkan melalui aktiviti yang dijalankan dengan diberi
pengenalan tentang modul refreshment seperti ‘JAM’, ‘Laici Kang’, ‘Bing Bang’,
‘Pasar Borong’, dan ‘Cinderella’. Refreshment yang diajar mempunyai pelbagai
fungsi dan cara seperti refreshment ‘JAM’ mereka diajar menepuk tangan dan peha
mengikut rentak dan tempoh yang telah ditetapkan. Pada pukul 12.45 petang perkongsian modul refreshment telah selesai
dan perkongsian refleksi daripada Kelab KRS UPM telah dilaksanakan.
Tepat
pada pukul 1 petang, kesemua perkongsian modul dan aktiviti Ice Breaking telah
selesai. Kesemua peserta dijemput untuk ke Dewan Jamuan untuk menjamu makan
tengah hari. Kira-kira
pukul 1.30 petang peserta diiring untuk ke Masjid UTeM bagi mempersiapkan diri
untuk menunaikan solat Zohor berjemaah serta persiapan diri untuk aktiviti
riadah pada waktu petang. Tepat
pada pukul 2.30 petang peserta diiring untuk masuk ke dalam Dewan Seminar.
Dalam sesi ini, peserta dipecahkan kepada tujuh kumpulan di mana setiap
kumpulan terdiri daripada Kelab PRS UTeM dan Kelab KRS UPM. Di dalam sesi ini juga peserta sekali lagi
diberi pendedahan kepada modul baharu yang diperkenalkan oleh kelab PRS UTeM
iaitu modul yang bernama ‘HOBIKU’. Di dalam HOBIKU ini peserta pada setiap kumpulan diminta
menghantar seorang wakil dari kumpulan masing-masing. Wakil dari setiap
kumpulan itu diminta untuk keluar dewan dan diberi sedikit taklimat oleh AJK
Aktiviti tentang apa yang perlu dilakukan, manakala peserta di dalam dewan juga
diberi sedikit arahan dan taklimat oleh AJK Aktiviti berkaitan dengan aktiviti
yang sedang dijalankan. Apabila aktiviti dimulakan kelihatan kesemua
peserta gembira dan ceria.
Selepas
selesai perkongsian modul daripada Kelab PRS UTeM, Kelab KRS UPM diberi peluang
untuk berkongsi modul daripada mereka. Kelab PRS UTeM telah diberi peluang
untuk memilih aktiviti modul yang menggunakan IQ dan permainan. Kelab PRS UTeM
memilih aktiviti modul yang menggunakan IQ. Dalam aktiviti ini, peserta diberikan sehelai
kertas dan diarahkan untuk melakarkan garisan 8 x 8 pada setiap kotak garisan.
Nama modul ini ialah ‘Queen Chess’ di mana peserta diminta untuk meletakkan
lapan Queen di kotak yang disediakan tanpa membunuh Queen yang lain. Modul ini
memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan dan memerlukan daya IQ yang mantap
bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Modul ini juga memupuk sikap bantu
membantu dan kerjasama dalam sesuatu organisasi dan memerlukan kepintaran dalam
mencari jalan penyelesaian dengan kadar yang pantas. Kira-kira
pada pukul 5 petang perkongsian modul diantara kelab PRS UTeM dan kelab KRS UPM
telah pun selesai.
Aktiviti seterusnya dijalankan di sekitar
perkarangan Canselori untuk aktiviti riadah. AJK Aktiviti sekali lagi
ditugaskan untuk melaksanakan aktiviti dengan lancar, saudara Mohd Firdaus
Syukry bin Saudey selaku AJK Aktiviti telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan
modul ini. Aktiviti seterusnya ialah ‘Mafia War’ di mana
semua peserta dikumpulkan menjadi satu bulatan besar dan peserta disuruh
menutup mata. Kira-kira pada pukul 6 petang, aktiviti Mafia
War telah pun selesai.
Seterusnya, rumusan daripada aktiviti Mafia
War telah diterangkan oleh saudara Mohd Firdaus Syukry bin Saudey. Pada waktu
yang sama sedikit kejutan telah pun dibuat oleh ahli Kelab PRS UTeM dan ahli
Kelab KRS UPM bagi menyambut Hari Lahir selaku bendahari Majlis Tertinggi Kelab
PRS UTeM iaitu saudari Nur Ainina Masturah binti Kamal dan saudari Nor Madihah
binti Md. Nor daripada Kelab KRS UPM. Sesi bergambar telah dijalankan pada
ketika itu.
Tepat
pada pukul 6.35 petang peserta diiring ke Masjid UTeM bagi menunaikan solat
Asar dan mempersiapkan diri untuk majlis penutup dan makan malam. Kira-kira pada pukul 8 malam peserta telah
berada di Dewan Seminar Auditorium Canselori UTeM. Acara seterusnya
dilaksanakan oleh AJK Protokol di mana Majlis Penutupan Program berlangsung. Peserta diberikan sedikit santapan tontonan
montaj dari kelab PRS UTeM yang ditugaskan oleh AJK Publisiti dan Multimedia
iaitu saudara Amir Hamzah bin Kamarul Bahrin. Seterusnya majlis menjemput
pengarah program Kelab PRS UTeM dan Kelab KRS UPM untuk memberikan ucapan.
Seterusnya Majlis penukaran cenderahati telah
dijalankan bagi kedua-dua kelab. Penukaran cenderahati disampaikan oleh
Presiden Kelab PRS UTeM dan Presiden Kelab KRS UPM. Majlis penutupan diserikan
lagi dengan sesi fotografi untuk mencatatkan kenangan antara Kelab PRS UTeM dan
Kelab KRS UPM. Sedikit refreshment dilakukan semula bagi memeriahkan suasana. Seterusnya,
pada pukul 9 malam peserta dijemput untuk ke dewan makan bagi menjamu selera
dengan majlis makan malam. Pelbagai warna pakaian yang meriah telah
dipakai oleh peserta. Makan malam diserikan lagi dengan nyanyian Karaoke.
Hidangan makan malam telah disediakan oleh AJK Jamuan. Peserta kelihatan sangat berselera menikmati
hidangan yang disediakan.
Tepat pukul 9.45 malam, peserta dibenarkan
pulang. Kelab KRS UPM mengucapkan selamat tinggal dan diiringi oleh barisan
exco PRS UTeM ketika sesi bersurai. Setelah itu, semua peserta bertolak pulang ke kolej kediaman
masing-masing dengan menaiki bas UTeM.
Kesimpulannya, program ini telah dilakukan
dengan jayanya di mana ia dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli Kelab
PRS UTeM dan ahli kelab KRS UPM. Setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat melatihkan mereka untuk
bekerja secara berkumpulan. Ini dapat mewujudkan sifat bekerjasama dikalangan
ahli Kelab PRS UTeM dan ahli Kelab KRS UPM. Di samping itu, program ini juga
dapat mewujudkan nilai-nilai murni serta berlaku revolusi pertukaran modul
secara tidak langsung telah mematangkan lagi pengalaman dalam diri setiap ahli
Kelab PRS UteM dan ahli Kelab KRS UPM melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan
mahupun yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment