BeZa PsIkOlOgI IsLaM DaN BaRaT...
Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad
(1985) mengatakan bahawa Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains
sosial (cIlm al-cumran), iaitu sekitar tahun 1377. Antara
cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah antara
orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana
Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam
bukunya, Al-Shifa’, ada membincangkan akal, kewujudannya, hubungan akal
dan tubuh, perasaan dan persepsi (Husain t.th.).
Menurut
Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang
membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri
boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan,
imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor
utama kepada tingkah laku (Husain t.th.).
Menurut
Abdul Hameed Al Haslimi (1984) dari Universiti King Abdul Aziz, Al-Ghazali
adalah orang yang mula-mula memberi istilah kepada kajian akal atau kelakuan
manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah yang sama
(psikologi). Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi
(Husain t.th.).
Al-Ghazali
menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi
fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan
keperluan-keperluan badan (Husain t.th.). Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu yang
diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan
Barat tanpa memberikan kredit kepada pengasas ilmu tersebut.
Habibah dan Noran (1997) menyatakan bahawa dari perspektif Islam,
personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Menurutnya
lagi, faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti
manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani
serta peranan akal.
Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan
akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif
menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah
diri secara total kepada Allah (Mohd Nasir 1992). Sarjana-sarjana Islam melihat
bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh
mengisi lompang kekosongan dan mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan
manusia dan masyarakat (Husain t.th.).
Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan
aktiviti saintifik yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan
yang lain (Abdul Hamid 1989). Menurut Abdul Hamid (1989), penyelidikan mengenai
diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini
berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut:
“Kami akan memperlihatkan
kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri
mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar”
(Al-Quran: Al-Fussilat: 53)
“Dan di bumi ini
terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga)
pada dirimu sendiri” (Al-Quran: Al-Dhariyat:
20-21).
Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah
menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa (Fromm, 1950). Hassan
Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak
mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku. Menurutnya
lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi
barat. Menurut Mahyudin Yahaya (1986):
Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang
berbentuk sama ada empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan
falsafah sejarah Islam adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek
tersebut dalam bentuk bersepadu, dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi
dan metafizik (hlm. 64).
Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya,
mungkin juga sebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang (Malik
Badri 1980) kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil
pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment