Minda merupakan pusat kawalan akal, pusat menjana fikiran, pusat penyimpanan maklumat serta pemprosesan maklumat dan ianya berada didalam otak. Minda merakam segala maklumat yang disalurkan melalui deria pancaindera seperti mata , mulut, telinga dan hidung. Minda manusia juga terbahagi kepada 2 iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar merupakan minda yang akan terjaga apabila kita terjaga dari tidur dan akan turut tidur jika kita tidur.
Minda separa sedar pula tidak pernah tidur dan sentiasa bekerja untuk manusia 24 jam sehari. Manusia mampu mengawal minda dan rahsia bagi kebanyakan mereka yang berjaya diluar sana adalah kerana mereka mengawal arah pemikiran mereka ke arah kejayaan, ke arah positif, ke arah kekayaan dan bermacam - macam lagi arah menuju kehebatan.
Pada era teknologi maklumat ini, ada begitu banyak maklumat atau ilmu yang dapat diakses dengan mudah. Anda cuma perlu menanamkan minat untuk mencari ilmu dan minda separa sedar anda akan membawa ke arah itu. Terdapat banyak teknik serta kaedah untuk memperkasakan minda seperti teknik Affirmasi dan Visualisasi
Visualisasi merupakan teknik menggambarkan impian didalam minda atau dalam bahasa mudahnya berangan - angan. Jangan risau dengan tanggapan serong orang lain jika anda mengamalkan teknik ini kerana KLCC juga terbentuk melalui angan - angan ( impian ). Jika anda dapat mencapai impian anda maka anda sememangnya lebih hebat daripada Mat Jenin berbanding mereka yang takut untuk menggambarkan impian mereka dan mereka lebih teruk daripada Mat Jenin.
Tuliskan apa yang anda impikan atau dalam kata lain menzahirkan impian anda. Disini anda akan nampak kehebatan kuasa minda anda dan kekuatan ini akan membawa anda ke arah kejayaan. Ini adalah kerana anda telah menzahirkan impian anda pada peringkat pertama iaitu menulis dan akan disusuli dengan penzahiran - penzahiran yang berikutnya sehinggalah ke peringkat penzahiran sempurna yakni impian anda telah mencapai impian anda.
Kesimpulannya, mindset dapat dibentuk dengan disiplin dan keazaman...Jadikan diri anda seorang manusia yang mempunyai minda positif.
No comments:
Post a Comment