Thursday 21 February 2013

KEM PEMANTAPAN PRS 2012/2013




KEM PEMANTAPAN PRS 2012/2013

Pada 14 hingga 16 Disember 2012, Unit Kaunseling dan Pemajuan Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan Kem Pemantapan PRS sesi 2012/2013 yang bertempat di Bengkel Kokurikulum UTeM, Melaka.   

    Seramai 25 orang pelajar dari pelbagai fakulti iaitu FKE, FKEKK, FTMK, FKM, FKP DAN FPTT telah menyertai Kem Pemantapan PRS sesi 2012/2013 tersebut. Kem ini juga telah dikendalikan oleh para fasilitator yang berpengalaman iaitu dari kalangan mantan PRS sendiri. 

    Objektif kem ini diadakan adalah untuk mengukuhkan lagi kemahiran asas menolong dalam kalangan ahli PRS dalam proses menolong, menyuntik kesedaran kepada ahli PRS betapa pentingnya perancangan serta kemahiran untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian, menguasai kemahiran-kemahiran asas menolong dalam menghadapi situasi yang sebenar, mengenalpasti kelemahan diri dan bersedia untuk memperbaikinya dan melahirkan ahli PRS yang mampu menyesuaikan diri dengan corak persekitaran pembelajaran yang pelbagai. 

    Alhamdulillah kem ini berlangsung dengan jayanya dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada peserta-peserta yang menyertainya. Diharapkan hubungan yang baik di antara ahli-ahli PRS akan kekal selamanya.....


No comments:

Post a Comment