Seramai 43 orang termasuk ahli jawatankuasa PRS UTeM telah menyertai Bengkel Perancangan Aktiviti Program Sesi 2014/2015 dan Perkongsian Modul PRS UTeM ini.
Pendaftaran peserta bermula seawal jam lapan sehingga sembilan pagi. Seusai peserta mendaftarkan diri, peserta dibekalkan sarapan pagi.
Selepas sarapan pagi, pembukaan program dirasmikan oleh Mohd Firdaus Syukry Bin Saudey (Presiden PRS UTeM).
Pada pukul 9.00 pagi, sesi ice breaking dimulakan bagi melepaskan kekakuan/kebekuan antara peserta dengan peserta yang lain atau peserta dengan fasilitator dan saling mengenal peserta satu sama lain. Sesi ice breaking ini dikendalikan oleh para fasilitator yang terlibat.
Seusai sesi ice breaking, tepat jam 9.30 pagi, slot pertama program dimulakan dengan perancangan aktiviti-aktiviti PRS. Slot pertama ini selesai pada jam 10.30 pagi.
Selepas itu, para pesertaa diberikan rehat selama setengah jam, dan program bersambung dengan slot kedua perancangan aktiviti-aktiviti PRS.
Seterusnya, pada jam 12.00 tengahari, refreshment dilakukan bagi menyegarkan kembali diri selepas melakukan dua-dua slot perancangan aktiviti PRS.
Pada jam 12.15 tengahari, program terus bersambung dengan Perkongsian Modul PRS UTeM yang dikendalikan oleh para fasilitator.
Program berhenti seketika untuk menunaikan solat Zuhur dan makan tengahari.
Pada jam 2.00 petang, aktiviti Genarate Idea Modul PRS dikendalikan oleh fasilitator sehingga 4.00 petang dan para peserta diminta duduk dalam kumpulan kecil bagi mencetuskan refreshment baru.
Penutupan program dilakukan oleh Mohd Firdaus Syukry Bin Saudey (Presiden PRS UTeM).
Seterusnya, peserta bersurai pada pukul 5.00 petang.
Barisan AJK Pelaksana |
Peserta-peserta yang hadir |
Presiden PRS memberikan sedikit perkongsian kepada ahli jawatankuasa |
~PRS UTeM~
~pencetusRevolusiSiswa~
~keranaUkhuwahKitaUtuhBersama~
No comments:
Post a Comment