Monday, 12 May 2014

KEM PEMANTAPAN PRS UTeM SESI 2013/2014

Pada tanggal 11-13 April 2014, kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM telah mengadakan program “Kem Pemantapan Kelab Pembimbing Rakan Siswa Sesi 2013/2014”. Kem ini telah diadakan di Taman Hutan Lagenda, Gunung  Ledang, Sagil, Johor.

Seramai 40 orang ahli-ahli PRS yang berdaftar dan telah mengikuti program Kem Asas yang mengikuti program ini dan program ini juga telah dikendalikan oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada barisan exco, Majlis Tertinggi PRS serta mantan-mantan.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang kepentingan dan keperluan kemahiran insaniah terutamanya dalam aspek kepimpinan dan seterusnya mendedahkan cara untuk mengaplikasikan kepimpinan dalam pembelajaran dan berpersatuan. Selain itu, program ini juga merupakan kesinambungan daripada Kem Asas PRS yang telah dijalankan terlebih dahulu.

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 4.30 petang di Pusat Persatuan Pelajar (PPP), dan kira-kira pada pukul 5.30 petang bas mula bertolak dari PPP ke Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang Sagil, Johor. Pada jam 6.15 petang para peserta telah tiba di Taman Hutan Lagenda dan persiapan perkhemahan dilakukan.

Setelah segala persiapan perkhemahan dan makan malam dilakukan, program ini dimulai dengan slot Ice-Breaking serta pembentukan kumpulan. Aktiviti “ Circle Link” dan “ First Expression” telah dijalankan. Selain itu, sistem token telah diperkenalkan dan ia bertujuan untuk mengajar erti kesungguhan dalam melakukan sesuatu kepada para peserta. 

Keesokan harinya, aktiviti peserta dimulai dengan solat subuh secara berjemaah serta senamrobik. Pada jam 7.30 pagi, para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi yang telah di masak sendiri oleh kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk memasak bagi melahirkan sikap kerjasama di dalam setiap diri ahli kumpulan dan merapatkan lagi ukhwah yang terjalin dalam setiap ahli.  Lebih kurang jam 8.00 pagi, sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan untuk memantapkan lagi kefahaman setiap peserta dalam kumpulan. 

Pada kali ini, sistem denda untuk kata-kata larangan telah diperkenalkan bagi menguji kepekaan dan pupuk erti syukur dalam diri setiap ahli. Slot 4 telah dijalankan pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Pada jam 2.30 petang telah dijalankan aktiviti explorace. Dalam aktiviti ini, peserta haruslah menempuh pelbagai rintangan dan halangan bagi menamatkan permainan ini. Jam 9.00 malam, bermulanya slot LDK 5 di mana aktiviti “ Jangan Tanya” serta “Penyelesaian Masalah” dijalankan. Slot ini tamat lebih kurang jam 12.00 tengah malam.


Hari ketiga iaitu hari terakhir bagi program ini, jam 8.00 pagi, slot 7 iaitu “Pilihan Raya” dimulakan. Pada slot yang terakhir iaitu slot 8, persembahan sketsa dari setiap kumpulan. Majlis penutupan telah dijalankan pada jam 11.00 pagi dan program ini telah tamat pada jam 12.00 tengah hari. 








































1 comment:

  1. Harrah's Las Vegas Casino Hotel-Hotel - JCMH Hub
    Harrah's Las Vegas 안동 출장안마 Casino 경상남도 출장샵 Hotel-Hotel. 춘천 출장마사지 1, Las Vegas, NV 89109. 통영 출장샵 (702) 770-7117. Harrah's Hotel-Casino-Hotel. 영주 출장안마 (702) 770-7117.

    ReplyDelete