Pada 10 dan 11 Mac 2012, Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM (PRS UTeM) telah mengadakan satu program muhibbah Kelab Pembimbing Rakan Siswa & Kelab Pemadam Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program ini telah diadakan selama dua hari satu malam di Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim,Perak.
Objektif utama program ini dijalankan adalah mengenali kepimpinan setiap universiti di negara ini dan memupuk semangat berkerjasama serta menguatkan jaringan perhubungan antara setiap universiti.
Saudari Siti Aida Adawiyah bt Abu Hassan telah menjadi Pengarah Program dan Saudari Radiyah bt Ab Rahman sebagai Timbalan Pengarah Program. Segala perjalanan aktiviti telah diatur oleh pihak PRS UTeM dan PRS UPSI dan disertai oleh 37 orang ahli PRS UTeM dan 2 orang pegawai pengiring.
Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang dua hari tersebut dimana antaranya ialah sesi ice breaking, serta tidak ketinggalan juga sesi perkongsian modul oleh kedua-dua universiti dimana UPSI menjalankan modul yang diberi nama “Pusat Kehidupan” manakala pihak UTeM pula telah berkongsikan modul yang diberi nama “Mafia Wars”.
Seterusnya program diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka yang dianjurkan di sebelahg petang. Aktiviti di UPSI dimeriahkan lagi dengan majlis makan malam yang diatur oleh pihak UPSI yang dihadiri oleh penasihat kedua-dua kelab serta diserikan lagi dengan kehadiran TNC UPSI.
Selain makan malam, majlis juga diserikan lagi dengan acara-acara seperti karaoke, persembahan dari UPSI dan UTeM, serta tidak lupa juga acara membalas hadiah bagi kedua-dua pihak.
Pada hari berikutnya, telah diadakan pula acara senaman pagi serta explorace yang diadakan di Tasik Proton City sehingga waktu tengahari. Dan akhir sekali, sebelum meninggalkan UPSI, pihak UTeM telah sempat mengadakan sesi bergambar sebagai satu tanda kenang-kenangan. Diharapkan lawatan yang telah dijalankan dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama universiti pada masa akan datang.
Prepared by: Taty Faiqah
Photo by : Afiq
Edited by : The Editor
No comments:
Post a Comment