Wednesday 4 April 2012

AGM PRS UTeM 2012

Pada 15 Mac 2012, telah berlangsungnya majlis Annual Grand Meeting (AGM) yang dilangsungkan di dewan MARS, kampus Industri, UTeM. Majlis tersebut adalah majlis untuk meraikan hasil usaha yang telah diberikan terhadap kempimpinan PRS UTeM bagi sesi 2010-11 selain pengumuman kepimpinan yang baru bagi sesi 2012-13.

Tema majlis yang diberikan adalah GLAMAROUS NITE itu telah menyaksikan hampir 100 orang pelajar yang kebanyakkan terdiri daripada ahli serta tidak lupa juga mendapat sokongan dengan kehadiran wakil-wakil daripada kelab lain itu dengan pakaian yang serba indah dan warna warni.

Mohamad Aizuddin Saari selaku Presiden bagi sesi 2010-11 telah menyampaikan ucapannya yang terakhir mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan ke atasnya serta semua kepimpinannya kepada semua ahli serta mereka-mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sebelum membubarkan kepimpinannya dan seterusnya mengumumkan perlantikan Muhammad Alif Nordin selaku Presiden PRS UTeM yang kesembilan bagi menerajui kepimpinan PRS sesi 2012-13.

Seterusnya, majlis simbolik penyerahan kuasa dilakukan secara ringkas dan acara penyampain sijil dan cenderahati kepada semua kepimpinan disampaikan olen mantan Presiden bagi sesi 2009-10, iaitu saudara Amir Nazeem bin Mahamad Tabor.

Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan pada malam itu yang diadakan antaranya  ialah sesi percalonan bagi kepimpinan PRS sesi 2012-13 yang telah dikendalikan oleh saudara Mohamad Asyraf dan Mohamad Zharif serta tidak lupa juga aktiviti karaoke, tayangan montaj, serta tidak lupa juga persembahan khas oleh barisan kepimpinan PRS UTeM yang berada di tahun akhir yang akan menamatkan pengajian di UTeM tidak lama lagi.

Dengan berakhirnya majlis itu, maka akan bermulalah satu lembaran baru yang akan meneruskan legasi PRS UTeM yang akan dipimpin oleh Muhammd Alif Nordin bersama barisan kepimpinannya dan seterusnya meneruskan membawa nama PRS UTeM ke arah satu perjuangan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.




















































Written by : The editor
Picture by : Amir Hamzah & Berat Nanang

No comments:

Post a Comment