Wednesday 14 August 2013

KEM EFEKTIF PLAN PRS

Pada 22 & 23 Jun 2013, Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM telah mengadakan Kem Efektif Plan yang bertempat di Dewan Seminar FTMK, UTeM. Seramai 40 orang termasuk pelajar diploma dan ijazah telah menyertai Kem Efektif Plan PRS ini. Pada 22 Jun 2013 (Sabtu) bermula pada pukul 8.00 pagi, pendaftaran dijalankan. Seterusnya, pada pukul 9.00 pagi semua peserta menikmati sarapan pagi. Tepat jam 10.30 pagi, slot pertama bermula iaitu "Ice Breaking". Program diteruskan dengan slot kedua iaitu Pengurusan Organisasi PRS. Program tersebut berhenti seketika untuk solat dan makan tengah hari. Pada pukul 2.30 petang, program diteruskan dengan slot ketiga iaitu Penerangan Kertas Kerja. Disamping itu, beberapa sesi refreshment telah diperkenalkan kepada peserta. Program tersebut diteruskan pukul 9.00 malam dengan slot keempat iaitu Pembentukan Kertas Kerja bagi setiap setiap unit dan berakhir dengan sesi Muhasabah Diri pada pukul 12 malam. Aktiviti keesokan harinya, senamrobik bermula pada pukul 7.00 pagi dan seterusnya sarapan pagi. Program diteruskan pada pukul 8.00 pagi dengan slot kelima iaitu Pembentangan Kertas Kerja bagi setiap unit diteruskan lagi dengan slot Resolusi. Majlis penutup yang dirasmikan oleh Presiden PRS saudara Farizal Bin Kamarzaman selesai pada pukul 1.30 petang dan diteruskan dengan makan tengahari serta solat. Semua peserta pulang pada pukul 2.00 petang.



















No comments:

Post a Comment