Wednesday 14 August 2013

Mesyuarat Agung Tahunan PRS 2013


Pada 23 Mac 2013, kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PRS 2013 yang bertempat di Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UTeM, Durian Tunggal, Melaka bertemakan `Kampung’ style. Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada ahli dan juga tidak dilupakan wakil-wakil kelab-kelab lain yang turut menghadiri majlis. 

Majlis ini  adalah program tahunan yang diadakan saban tahun. Setiap organisasi memerlukan struktur untuk bergerak bagi menjalankan sesuatu program. Setiap tahun, barisan kepimpinan akan bertukar dan mesyuarat agung tahunan diadakan supaya kepimpinan yang baru dapat dibentuk bagi meneruskan gerak kerja organisasi berkenaan. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi persatuan. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada ahli jawatankuasa PRS yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin sepanjang sesi 2012/2013 serta memperkenalkan barisan kepimpinan yang baru. 

Mesyuarat tahunan PRS diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mendapat maklumat berkaitan aktiviti yang telah dilakukan sepanjang sesi 2012/2013.
Pendaftaran bermula pada pukul tujuh. Seterusnya pelajar solat Maghrib, dan majlis tahlil bermula diikuti dengan bacaan Yaasin pada pukul lapan malam. Selepas solat Isyak, majlis bermula. Pengacara majlis ialah saudara Mohamad Azizan dan saudari Nabila Huda. 
Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan kata alu-aluan oleh saudara Che Mohamad Izzat Bin Che Mohd Idris sebagai wakil barisan Majlis Kepimpinan 2012/2013. Kemudian, saudara Farizal Bin Kamarzaman berucap untuk membubarkan majlis Perwakilan PRS sesi 2012/2013.

Tayangan montaj berlangsung dan seterusnya majlis menjemput saudari Siti Hawa Binti Zainal selaku pemangku Setiausaha Agong PRS 2012/2013 untuk mengumumkan Presiden Kelab PRS 2013/2014 yang disandang oleh saudara Farizal Bin Kamarzaman. Timbalan Presiden 1 disandang oleh saudari Siti Nurliyana Binti Ahmad dan Timbalan Presiden 2 disandang oleh saudara Mohd Firdaus Syukry Saudey. 

Persembahan dikir barat dan persembahan daripada barisan Majlis Perwakilan PRS 2012/2013 berlangsung. Sesi penyerahan cenderahati kepada Majlis Tertinggi dan Exco Kelab PRS 2012/2013 turut diadakan. Majlis diakhiri dengan pengundian Exco sesi 2013/2014 yang diuruskan oleh saudara Farizal Bin Kamarzaman. Majlis diakhiri dengan jamuan. 

















No comments:

Post a Comment