Saturday, 4 October 2014

JOM KE GERAI PRS UTeM


Pada tanggal 24 September 2014 hingga 30 September 2014, Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM telah menjalankan aktiviti jualan sepanjang Karnival Konvo Festival kali yang ke-10. 

PRS UTeM telah menjalankan jualan bermula seawal 24-26 September 2014 di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) UTeM. Disini, gerai PRS menjual 'Crispy Choco Jar' kepada semua pelajar dan tetamu yang hadir bagi memeriahkan karnival yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar UTeM (MPP UTeM) 

Seterusnya, pada tanggal 27-28 September 2014, gerai jualan PRS UTeM ini bersambung ke Tapak Pesta Konvo bersama Sekretariat Anak Melaka UTeM (SAM UTeM) dan juga PERSADA UTeM. PRS UTeM turut menjual dan mempromosikan produk jualan bersama dua kelab tersebut. Antara barangan jualan PRS UTeM di Pesta Konvo adalah 'Crispy Choco Jar' , 'Perfume' dan Mafla .

Tujuan PRS UTeM mengadakan pembukaan gerai pada pesta konvo kali ini adalah bertujuan untuk  mendedahkan kepada ahli-ahli PRS UTeM tentang ilmu dari segi perniagaan dan di samping untuk memupuk semangat bekerjasama antara exco tidak kira waktu program mahupun aktiviti di luar program. 

Tambahan lagi, dengan aktiviti seperti ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan hubungan sesama exco dan juga pelajarUTeM. Gerai jualan PRS turut dihadiri mantan-mantan PRS bagi menceriakan suasana dan aktiviti jualan sepanjang hari berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada exco UNIT KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN ASET (UNIT BIZZ) dan exco-exco PRS UTeM yang lain kerana bersama-sama membantu dalam aktiviti jualan kali ini.


Exco-exco yang menjaga gerai PRS UTeM di Pusat Persatuan Pelajar UTeM (PPP UTeM) dikunjungi oleh Mantan PRS UTeM.
'CRISPY CHOCO JAR'
'PERFUME' dan 'MAFLA'.


Exco yang menjaga gerai jualan di Pesta Konvo.

Gerai PRS UTeM dikunjungi oleh Mantan PRS UTeM.


Gerai PRS UTeM mendapat kunjugan daripada mahasiswi UTeM.


Ayuh, meriahkan suasana gerai PRS UTeM di lain hari dan waktu. :)

~PENCETUS REVOLUSI SISWA~
~Kerana Ukhuwah Kita Utuh Bersama~




No comments:

Post a Comment