Saturday 2 May 2015

ANNUAL GRAND MEETING PRS UTeM 2014/2015


Pada 30 April 2015, PRS UTeM telah mengadakan ANNUAL GRAND MEETING PRS sesi 2014/2015 yang berlangsung pada jam 7.30 PM -11.00 PM yang bertempat di AUDITORIUM PPS, UTeM.

Seramai 95 orang peserta telah hadir bagi memeriahkan lagi AGM PRS bagi sesi kali ini. Bertemakan konsep 'BACK-TO-SCHOOL' menambahkan lagi suasana yang sangat ceria. 

Annual Grand Meeting (AGM) Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS UTeM) 2014/2015 adalah program tahunan yang diadakan saban tahun.

Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada ahli jawatankuasa PRS UTeM yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin sepanjang sesi 2014/2015 serta memperkenalkan presiden bagi sesi baharu 2015/2016.

Pendaftaran peserta berula pada pukul 7.30 -8.00 malam. Peserta menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan majlis dimulakan pada pukul 8.30 malam.

Pengacara majlis islah saudara Ameerul Afiq dan saudari Fifi Atirah binti Johari.

Alunan muzik gambelan mengiringi ketibaan ahli-ahli PRS UTeM. Seterusnya, semua dikehendaki berdiri bagi menyanyikan lagu kebangsaan iaitu lagu 'Negaraku' dan lagu 'UTeM'. 

Program diteruskan lagi dengan menjemput presiden PRS UTeM sesi 2014/2015, Mohd Firdaus Syukry bin Saudie @ Saudey untuk memberi sedikit ucapan aluan.

Sejurus itu, berlangsungnya sesi penyerahan cenderahati kepada Majlis Tertinggi dan Exco Kelab PRS 2014/2015.

Seusai, Presiden PRS UTeM sesi 2014/2015 berucap, dijemput pula Setiausaha Agung PRS UTeM 2014/2015 untuk melakukan pembubaran Ahli Jawatankuasa PRS UTeM 2014/2015 sekali mengumumkan Presiden baru PRS UTeM sesi 2015/2016.

Selepas majlis pembubaran ahli jawatankuasa, majlis diteruskan dengan perlantikan ahli jawatankuasa baru PRS UTeM sesi 2015/2016 dan sesi pengundian dilakukan. Calon-calon Exco PRS 2014/2015 ialah saudara Muhammad Ameerul Afiq bin Saidin, saudari Wan Nadia Syakirah bin Zulkifli, saudara Syarul Adzwan bin Adzmi, saudari Nurul 'Ashiqin binti Yazid, saudari Siti Rosnieza Eilisa binti Jamal, saudari Norazlipah Ilyati binti Muhammad, saudara Siddiq Irmawan bin Hj Razali, saudara Syed Muhd Saifullah bin Syed Kamal Ariffin, saudari Norfarrahein binti Awang, saudari Syakira binti Mohamad Isa, saudari  Fatin Aliah binti Yahya,  Liyana, saudari Nur Amirah binti Ibrahim, saudara Muhammad Yusof bin Khairul Anuar, saudara Mohamad Zazlan bin Zaini, dan saudara Faris bin Samsudin.

Selepas itu, aktiviti persembahan diceriakan oleh kumpulan dikir barat UTeM dan tayangan montaj.

Akhirnya, jamuan.



Poster AGM PRS 2014/2015 (Tema : 'Back-to-School')























~Pencetus Revolusi Siswa~



1 comment: