Friday 1 May 2015

PROGRAM PENCARIAN BAKAT MOTIVATOR



Pada 29 April 2015, PRS UTeM telah mengadakan satu program 'PENCARIAN BAKAT MOTIVATOR' bertempat di ARKED LESTARI pada pukul 7.30 malam - 11.00 malam.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan seterusnya bacaan doa oleh saudara Muhammad bin Muhammad Razib.

Peserta pertama yg mempersembahkan penyampaian beliau adalah saudari Nurul Firda Ain binti Ab Rahman dan pasangan beliau Noor Afiqah binti Sarjun dengan tajuk 'Jatuh, Bangun dan Berlari'.

Peserta kedua disertai oleh saudari Ros Dalila binti Mohd Roslan dengan tajuk penyampaian beliau , 'Sabar'. 

Seterusnya, peserta ketiga iaitu saudari Nurul Amirah binti Abdul Rahman dengan tajuk penyampaian 'Syukur dan Hargailah Diri' .

Peserta Keempat, saudara Khairul Nizam bin Suhaimin dengan tajuk penyampaian 'Jatuh'.

Peserta Kelima, iaitu saudri Nabila Huda bt Mohamad dengan tajuk penyampaian 'Ujian'.

Selepas persembahan semua peserta berakhir, perbincangan diantara juri dimulakan untuk memilih johan bg program 'Pencarian Bakat Motivator'.

Hasil dari kata sepakat juri-juri, akhirnya johan program 'Pencarian Bakat Motivator' dimenangi  oleh saudara Khairul Nizam bin Suhaimin.

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan yang kalah janganlah berputus asa, terus mencuba dan mencuba lagi.

Johan program ini akan berpeluang mewakili UTeM ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di UPM.



Peserta 1 : Nurul Firda Ain binti Ab Rahman
Tajuk : Jatuh, Bangun dan Berlari

Peserta 2 : Ros Dalila bin Mohd Roslan
Tajuk : Sabar

Peserta 3 : Nurul Amirah binti Abdul Rahman
Tajuk : Syukur dan Hargai Diri

Peserta 4 : Khairul Nizam bin Suhaimin
Tajuk : Jatuh

Peserta ke-5 : Nabila Huda bin Mohamad
Tajuk : Ujian


Johan program 'PENCARIAN BAKAT MOTIVATOR' : Khairul Nizam bin Suhaimin.


~Pencetus Revolusi Siswa~



No comments:

Post a Comment