Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM ingin berkongsikan sedikit aktiviti atau satu program latihan yang amat berguna kepada semua mahasiswa/I di seluruh Negara.
Program ini dinamakan sebagai PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA yang telah dibahaskan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada ucapan bajet 2011 yang lalu.
Program ini merupakan satu program latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan diadakan secara percuma serta terbuka kepada semua warga Malaysia untuk mengikutinya secara sepenuh masa ataupun separuh masa.
Jangka masa bagi setiap program latihan adalah tidak melebihi 5 hari (bergantung kepada program yang ditawarkan.)
Antara bidang yang ditawarkan ialah:
- Kimpalan
- Pembuatan
- Pengeluaran
- Perkhidmatan
- Percetakan
- Penyelenggaraan Elektrik
- Elektronik
- Sivil
- ICT
Kaedah yang dijalankan dan tempoh:
- Program dilaksanakan di 27 Institusi Latihan JTM (ILP, ADTEC, JMTI)
- Program berbentuk Modular (16 jam – 250 jam)
- Dilaksanakan selepas waktu pejabat (Isnin – Jumaat) dan hujung minggu (Sabtu & Ahad)
- Program latihan adalah secara PERCUMA.
Sehubungan itu, PRS UTeM sangat menggalakkan semua mahasiswa/i UTeM serta semua warga Malaysia untuk mengikuti program yang sangat berfaedah ini di samping dapat mempelajari kemahiran yang diminati.
Untuk perjelasan yang lebih jelas. Sila klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Ataupun klik di bawah ini untuk melihat contoh latihan yang ditawarkan di ILP Pasir Gudang, Johor.
Anda juga boleh melihat program latihan yang lain yang ditawarkan di setiap negeri melalui link yang pertama di atas.
Sekian sahaja daripada kami bagi seluruh anggota kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM.
~PENCETUS REVOLUSI SISWA~
No comments:
Post a Comment