Tuesday, 12 July 2011

LE TOUR DE COUNSELING



Le Tour De Caunseling adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling UTeM dengan kerjasama kelab PRS UTeM. Program ini bertujuan untuk memperkenal kan Unit Kaunseling kepada mahasiswa/i baru yang berjaya melanjutkan pelajaran di UTeM ini. Segala aktiviti yang di lakukan sepanjang program Le Tour ini dikelolakan sepenuhnya oleh ahli-ahli PRS.

Program ini berlangsung selama 4 hari. Bermula dengan hari Selasa iaitu pada 5hb Julai 2011 hingga hari Jumaat,8hb Julai 2011. Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai aktiviti dilakukan bagi menggalakkan para pelajar mengambil bahagian dalam program ini. Salah satu aktiviti yang dilakukan ialah pameran dari Unit Kunseling sendiri dan tidak ketinggalan Kelab PRS juga ada membuat pameran.

Ini bertujuan untuk menggenalkan kepada pelajar-pelajar akan Unit Kaunseling sejurus memperkenalkan mereka dengan kaunselor-kaunselor yang berkhidmat di Unit Kaunseling UTeM. Mereka akan lebih mengenali kaunselor mereka dan juga cara-cara untuk meminta khidmat kaunseling dengan betulnya. Tidak ketinggalan juga kepada kelab PRS untuk mempromosikan kelab itu sendiri.

Para pelajar akan lebih ketahui apa itu Kelab Pebimbing Rakan Siswa UTeM. Kelab PRS telah membuat pameran bagi memberi maklumat yang betul tentang program-program serta aktiviti yang dianjurkan oleh PRS.Pelbagai aktiviti sudah di lakukan oleh PRS bagi memperkenal kan kelab ini dan juga membantu para pelajar di UTeM.

Selain itu, Le Tour ini bukan lah pameran semata-mata tetapi ada diselitkan dengan beberapa ‘game’ bagi menceriakan pengunjung-pengunjung yang sanggup datang ke pameran itu. Antara ‘game’ yang di jalan kan ialah ‘puzzle si buta’, ‘water gun’,sudoku dan sebagainya. Bagi pelajar yang menyertai ‘game’ yang dianjurkan akan diberikan cenderahati bagi ucapan terima kasih kerana sanggup menyerikan lagi pameran yang dilakukan.

Oleh yang demikian,program ini telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama oleh ahli-ahli PRS yang sanggup memberikan komitmen sepanjang program ini dianjurkan dan tidak lupa juga kepada kaunselor-kaunselor dari Unit Kaunseling yang memberikan maklumat yang diperlukan.






No comments:

Post a Comment