MALAM BICARA PRS
Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi seluruh ahli keluarga PRS UTeM serta warga PRS sedunia.
Alhamdulillah. Pada 8 JULAI 2011, kelab PRS UTeM telah berjaya menganjurkan satu program bual bicara yang bertempat di Dewan Auditorium Canselori UTeM sebagai malam kemuncak program LE Tour de Counseling yang telah berlangsung dari 6 JULAI hingga 8 JULAI 2011.
Program ini terdiri daripada tiga ahli panel jemputan yang diketuai oleh Mohamad Aizuddin bin Saari selaku Presiden PRS bagi sesi 2010/11, Tg Muhd Humaidi Tg Abdullah selaku Naib Presiden PRS 2010/11, dan juga mantan Presiden PRS bagi sesi 2009/10 iaitu saudara Amir Nazeem bin Mahamad Tabor. Program bual bicara ini dikendalikan oleh seorang moderator yang amat berbakat iaitu saudara Farizal Kamarzaman yang juga ketua bagi Unit Integriti & Perhubungan PRS pada malam tersebut.
Program MALAM BICARA PRS ini bermula seawal jam 8 malam bagi sesi pendaftaran pelajar sebelum iringan kemasukan oleh para ahli panel beserta ahli jawatankuasa program Malam Bicara PRS pada 8.30 malam. Sejurus selepas itu, program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta UTeM Ku Gemilang sebelum program diteruskan dengan bacaan doa. Pada program tersebut, banyak perkara, pendedahan serta informasi yang telah dikongsikan oleh ketiga-tiga ahli panel berkaitan dengan kelab PRS UTeM di dalam melaksanakan kegiatan aktiviti pelajar di UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA.
Program itu juga bukan sahaja sekadar perkongsian menerusi bual bicara semata-mata, tetapi setiap ahli panel tidak keberatan untuk menghiburkan para hadirin yang hadir dengan pelbagai refreshment seperti Ular Naga (Aizuddin), Sound Pitching (Humaidi), Spirit Breath (Amir Nazeem), serta tidak lupa juga satu refreshment utama yang menjadikan ianya sebagai satu identiti serta menaikkan nama PRS di UTeM hingga sering dimainkan pada Minggu Haluan Siswa iaitu Lagu Gemuruh beserta gayanya yang tersendiri yang dikendalikan oleh saudara Farizal (terima kasih kepada PRU USIM).
Sesungguhnya semua ahli yang hadir begitu teruja sekali untuk mengikuti setiap gerakan yang dikendalikan oleh mereka di atas pentas dengan begitu semangat sekali secara bergilir-gilir. Sejak tahun yang lalu, kelab PRS telah menjadikan slot resfreshment ini sebagai salah satu perkara wajib bagi setiap program untuk menjadikan kelab ini sebagai satu kelab yang terkenal dengan pelbagai refreshment yang dilakukan sehingga mampu menjadikan PRS UTeM berlainan dengan kelab/persatuan yang lain.
“WE ARE FAMILY”
Saudara Aizuddin banyak menerangkan info serta aktiviti-aktiviti PRS dimana beliau juga menyelitkan unsur-unsur jenaka bagi menghiburkan hadirin yang hadir. Dan menganggap semua anggota PRS sebagai sebuah keluarga yang besar yang dapat memupuk semangat ukwhah sesama ahli. Beliau banyak menerangkan akan fungsi PRS, apakah itu PRS, peranan PRS serta beberapa perkara lain yang seharusnya perlu bagi setiap ahli yang ingin menggelarkan diri mereka sebagai pembimbing. Segala pengalaman yang diperoleh sepanjang pembabitannya di dalam aktiviti berpersatuan banyak memberi dorongan kepada ahli-ahli baru PRS yang ingin terus bersama-sama dengan kelab ini.
“PRS PASTI AKAN MENGGEGAR DUNIA”
Berlainan pula dengan saudara Humaidi, dimana beliau lebih banyak menerangkan kelebihan bergiat aktif di dalam persatuan dimana telah memberi perbezaan di antara kegiatan persatuan dan akademik dimana ianya merupakan dua perkara yang berlainan. Beliau juga telah menitikberatkan soal kemahiran insaniah yang mampu diperolehi dengan bergiat aktif didalam persatuan dan tidak sekadar cemerlang di dalam akdemik semata-mata.
“ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG MAMPU BERKONGSI KEJAYAANNYA BERSAMA-SAMA ORANG LAIN DISEKELILINGNYA, BUKAN SEKADAR INGIN BERJAYA SEORANG DIRI.”
Vasantha Kumar, Poovendren Villiam, Zaren Mukrish dan yang lainnya adalah antara nama-nama mantan Presiden PRS yang disebut pada malam tersebut. Saudara Amir Nazeem lebih cenderung untuk berkongsi akan rentetan perjalanan liku-liku kelab PRS UTeM dimana sejak pertama kali ianya ditubuhkan sehingga mampu menunjukkan rasa kagumnya akan revolusi PRS UTeM yang semakin matang di dalam berpesatuan sehingga mampu melahirkan ramai siswa/i dalam kalangan ahli PRS yang bergiat aktif di dalam kegiatan kepimpinan seperti GPMS (Ahmed Akmal), PERSADA (Nurul Iman Apwa), MPP (Nurul Fathiyah Shamsuddin, Nur Salehah, Nurul Hafiza), BADAR ( Faiznur), SAFEE (Muhummad Alif, Noraffifa), EXCESS (Nik Mohamad Hafizi), TEMAN (Badru At-Taman) serta yang lainnya dimana mereka adalah sebahagian daripada anggota PRS pada beberapa tahun dahulu dan juga sekarang.
KATA-KATA AKHIR
Di akhir kata-kata bagi setiap ahli panel, boleh disimpulkan bahawa kelab PRS UTeM adalah merupakan salah satu kelab yang dapat membantu pembentukan kemahiran insaniah yang seharusnya ada di dalam diri setiap pelajar. Tidak kira apakah kelab yang ingin disertai, tetapi ianya bergantung kepada usaha individu itu sendiri untuk mengubah dirinya menjadi insan yang lebih proaktif, mempunyai cara komunikasi yang baik, serta menjadikan seorang mahasiswa/i yang lebih berdaya saing pada masa akan datang. Dan tentunya bagi PRS UTeM menurut saudara Mohamad Aizuddin, setiap ahlinya seharusnya mampu melahirkan pendengar yang baik bagi membantu diri sendiri disamping membantu orang lain sesuai dengan tema PRS di seluruh peringkat sekolah, kolej dan IPTA/IPTS seluruh Malaysia iaitu:
“BANTU DIRI. BANTU RAKAN”
Dan terakhir sekali, saudara Amir Nazeem juga sempat mengalunkan sedikit lagu yang diambil daripada petikan doa Rabitah sebagai ungkapan kata-kata akhir daripada beliau sebelum majlis digulungkan oleh moderator pada program bual bicara yakni saudara Farizal.
“YA ALLAH ENGKAU MENGETAHUI
HATI-HATI INI TELAH BERKUMPUL KERANA KASIHKAN-MU
BERTEMU DAN PATUH PADA-MU
BERSATU MEMIKUL DAKWAH-MU
HATI-HATI INI TELAH BERJANJI SETIA
MENDAULAT DAN MENYOKONG SYARIAT-MU
MAKA ERATKANLAH AKAN IKATANNYA
KEKALKAN KEMESRAAN HATI INI
LIMPAHKAN DENGAN CAHAYA RABBANI-MU
YANG TAK PERNAH PADAM
DAN LAPANGKAN DENGAN IMAN.”
Seterusnya persembahan tayangan montaj Jawatankuasa Induk kelab Pembimbing Rakan Siswa sesi 2010/11 serta aktiviti ditayangkan sebelum para hadirin menikmati jamuan pada malam tersebut.
Akhir kata daripada seluruh keluarga PRS UTeM, moga segala ilmu, pendedahan serta perkongsian yang telah diberikan pada MALAM BICARA PRS akan dapat membantu sedikit sebanyak para hadirin yang kebanyakannya adalah dalam kalangan mahasiswa/i diperingkat diploma bagi kemasukan baru pada JUN yang lepas agar dapat dimanfaatkan dengan sebaiknnya dan membawa satu input yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan siswa/i lain. Seterusnya nantikan program PRS yang lainnya akan datang dan bersama kita meriahkannya.
alahai,si farizal rupenya..heheheh..
ReplyDeleteprs the best!
ReplyDeleteterima kasih kerana meneruskan legasi yang kami cipta.. dari sebuah kelab yang muncul kesinambungan subjek ko-kurikulum, kini PRS harus berbangga kerana mampu muncul menjadi kelab yang aktif dan melahirkan ramai bakat2 baru samada dari segi kepimpinanan, kerohanian, emcee, fasilitator dan sebagainya..
ReplyDeletemewakili seluruh mantan organisasi PRS dan ahli2 lama PRS, kami mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada anda semua..
terima kasih kerana meneruskan legasi kami..u guys made us proud..
terima kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan. segala tunjuk ajar serta perkongsian yang diberikan oleh mantan amat kami hargai.
ReplyDeletedan kepada semua ahli PRS, teruskanlah bersama kami dan bersama memeriahkan segala program serta aktiviti yang telah dirancangkan.