Pada 2 April 2011, PRS UTeM telah mengadakan Delegasi Ke Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor yang disertai seramai 35 orang ahli PRS UTeM dan 2 orang Pegawai Psikologi UTeM. Delegasi tersebut berlansung sehari sahaja yang bermula daripada pukul 9.00 pagi - 10.00 malam. Delegasi kami disambut dengan baik dan mesra oleh Kelab Rakan Siswa UPM (KRS) serta dari Pegawai UPM yang merupakan Penasihat II kelab tersebut. KRS UPM merupakan satu kelab yang serupa seperti PRS UTeM cuma nama sahaja yang berbeza. Kelab ini dipengerusikan oleh Cik Azlina Binti Shaharuddin dan beberapa pimpinan yang lain. Boleh klik link tersebut http://krsupm.blogspot.com/ untuk mengetahui lebih mengenai KRS UPM.
Antara objektif delegasi ini diadakan adalah seperti yang berikut :
- Mengenali dengan lebih rapat setiap kepimpinan mahasiswa mahasiswi setiap universiti di negara ini dan memupuk semangat bekerjasama serta menguatkan jaringan perhubungan antara setiap universiti.
- Memperkenalkan serta mempromosikan nama UTeM secara khusus sebagai uinversiti yang berorientasikan aplikasi kepada universiti luar dan industri-industri terkemuka serta memperkenalkan PRS UTeM secara umum.
- Melakukan anjakan paradigma melalui jalinan muhibah dan interaksi intelek kearah kcemerlangan dan kemajuan.
- Mewujudkan satu perkongsian modul dan latihan diantara kedua-dua belah pihak bagi memantapkan modul-modul PRS yang sedia ada.
Tentatif program ini :
7.00 pagi - Berkumpul di PPP (Pusat Persatuan Perlajar)
7.15 pagi - Bertolak ke UPM
9.00 pagi - Dijangka tiba di UPM
9.15 pagi - Mengikuti slot-slot yang telah disediakn oleh pihak KRS UPM
1.00 petang - Majlis diskusi antara PRS UTeM bersama KRS UPM
4.00 petang - Mengikuti slot-slot yang telah disediakan oleh pihak KRS UPM
6.00 petang - Lawatan ke I-City, Shah Alam
10.00 malam - Bertolak pulang ke UTeM
12.00 malam - Dijangka tiba di UTeM
No comments:
Post a Comment