Sunday 2 October 2011

Sejalin Ikatan 2011


Pada 23 Oktober yang lalu, bertempat di Dewan Auditarium Perdana,Canselori telah berlangsungnya program Sejalin Ikatan yang dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM. Seramai 192 orang pelajar UTeM telah sama-sama menyertai bagi memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

Program ini bertujuan bagi merapatkan lagi ukhwah silaturahim dikalangan ahli-ahli PRS yang sedia ada dan yang masih baru. Disamping itu,program ini juga bertujuan bagi memperkenalkan barisan Jawatan Tertinggi dan juga exco-exco yang bernaung dibawah PRS.

Program bermula dengan ucapan daripada Presiden PRS iaitu saudara Aizuddin Saari dan dilanjutkan dengan pengenalan mengikut unit-unit yang terdapat dalam PRS. 

Pengenalan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli PRS untuk menyertai unit-unit yang mereka minati. 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung. Tidak dilupakan ucapan selamat datang kepada ahli-ahli keluarga baru PRS. Semoga ukhwah yang terjalin mekar hingga ke akhirnya

















written by : E.T
edited by : The editor
picture by : A.H

No comments:

Post a Comment