Wednesday 12 October 2011

DELEGASI PEERS FSKM UiTM KE UTeM

PRS UTeM
&
PEERS FSKM UiTM

Pada 24 dan 25 september, deligasi dari UiTm Shah Alam bertandang ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka untuk Program pemantapan dan kerjasama antara Kelab Pembimbing Rakan Siswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) dan Rakan Kaunseler(PEERs) FSKM Universiti Teknologi Mara(UiTM). Program ini berlangsung di Dewan Seminar Pusat Bahasa dan Pusat Pembangunan Insan. Deligasi dari UiTM Shah Alam ini dikenali sebagai PEERS FSKM. Seramai 35 orang pelajar dari PEERS FSKM dan 35 pelajar dari PRS UTEM.

Pada awal perkenalan dengan pelajar dari UiTM, malu-malu masih manyelebungi pelajar- pelajar dari UiTM. Namun setelah beberapa lama, mereka sudah dapat bermesra dengan pelajar dari UTeM. Macam-macam perkongsian yang kami telah lakukan.

Pada hari pertama aktiviti yang kami lakukan selepas sampai sahaja pelajar dari UiTM ialah ice-breaking. Masing-masing menunjukkan kreativiti dalam aktiviti ini dan bersifat terbuka. Pada petang itu pula, pertunjukan montaj dari universiti masing-masing telah menghangatkan suasana. Selepas  pertunjukan montaj, pelajar-pelajar dari UiTM dibawa berjalan-jalan d Bandar Melaka. 

Pada sebelah malamnya pula, berlangsunglah aktiviti kemuncak iaitu makan malam. Makan malam ini berlangsung di kafe 2 dengan hidangan barbeque. Selepas aktiviti makan malam, aktiviti menunjukkan bakat masing-masing pula berlangsung. Pihak UiTM dan UTeM telah menunjukkan kreativiti masing-masing dengan mengadakan persembahan di Pusat Persatuan Pelajar.

Pada keesokkan harinya, iaitu hari kedua dan merupakan hari yang terakhir, aktiviti dalam kumpulan telah pun berlangsung. Aktiviti ini telah mencampurkan pelajar dari UTem dan UiTm. Pencampuran ini dilakukan untuk memperluaskan pergaulan dan juga memperkembangkan idea-idea yang diperbincangkan. Selepas pengumpulan idea, idea itu diperbentangkan dan mendapat penambahbaikan dari kumpulan-kumpulan lain. Selepas perbentangan idea, aktiviti penutup berlangsung.  















































written by : S.Z
photo by    : A.H
edited by   : The editor 

2 comments:

  1. owhhhh...LIKE !!! then,please always update yeah if any happen in utem bout prs! it more easy for us to know n get closer wt prs..haha thanks.

    ReplyDelete
  2. nice pic.
    serius sronok kat sne.dtg la plak uitm
    haha

    ReplyDelete