Thursday 27 October 2011

DELEGASI PRS & PEMADAM UPSI KE UTeM

Pada 1 & 2 Oktober 2011, kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM (PRS UTeM) telah menyambut kedatangan delegasi dari UPSI bersama- sama ahli jawatankuasa Pembimbing Rakan Siswa UPSI (PRS UPSI). Program ini telah diadakan selama dua hari dengan pihak PRS UPSI dan UTeM telah menjadi tuan rumah kepada program ini.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama bersama dengan pihak PRS UPSI disamping berkongsi modul dengan pihak mereka. Saudari Radiyah Binti Ab Rahman telah menjadi pengarah program dan saudara Badru At Tamam Bin Daut sebagai timbalan pengarah program untuk program ini. Segala perjalanan aktiviti telah diatur oleh pihak PRS UPSI dan dengan kerjasama dari pihak PRS UTeM yang telah diwakili seramai 40 orang ahli jawatankuasa PRS UPSI.

Program ini juga telah mengadakan satu majlis makan malam khas yang turut dihadiri oleh Penolong Naib Canselor UTeM, Pengarah Pusat Kaunseling UPSI, Pegawai Psikologi UPSI,  Hal Ehwal Pelajar UTeM dan Pegawai Psikologi UTeM.

Acara ini berlangsung di Ruang Legar Pusat Persatuan Pelajar dengan menampilkan persembahan yang menarik di antara kedua-dua kelab dari UTeM dan UPSI.

Antara persembahan yang dipersembahkan adalah persembahan solo okestra dari saudara Amsyar, persembahan ‘sketsa emosi’ dari PRS UTeM, persembahan sketsa dari pihak PRS UPSI dan persembahan karaoke dari pihak UTeM dan UPSI.

Moga pertemuan kali ini dapat memupuk semangat setiawan di antara kedua-dua Universiti disamping mengukuhkan ikatan di antara sesama PRS seluruh IPTA di Malaysia ini.


























Prepared by: E.A.
Edited by: The Editor
Picture by: B.N.

No comments:

Post a Comment