Konvensyen Kelab Pemadam peringkat IPT telah diadakan di UTM, Skudai, Johor yang berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 20 Mei 2011 hingga 22 Mei 2011. Konvensyen tersebut diadakan untuk mengumpulkan semua Kelab Pemadam di seluruh IPT termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti. PRS UTeM telah menghantar 5 orang ahli PRS untuk menyertai konvensyen tersebut. Objektif Konvensyen ini diadakan adalah :
- Membentuk tingkah laku dan nilai sahsiah di samping berinteraksi antara ahli kelab pemadam ke arah perkongsian.
- Memberi ruang dan peluang menunjukkan bakat melalui mendeklamasi sajak, puisi dan sebagainya dalam konteks pencegahan dadah.
- Memberi maklumat yang lebih mendalam tentang dadah dan melahirkan generasi muda yg lebih positif dan berpengetahuan sebagai pemangkin masa depan negara
- Menyokong dasar-dasar kerajaan dalam mencegah penagihan najis dadah, negara bebas dadah tahun 2015
- Mewujudkan kelab pemadam di setiap IPT/Politeknik dan Kolej Komuniti
Antara-antara aktiviti yang diadakan pada hari kejadian ialah
- Demonstrasi hukuman sebatan dan tali gantung terhadap pesalah-pesalah dadah yang diantaranya dimiliki atau digunakan oleh pesalah tersebut. Demonstrasi tersebut ditayangkan melalui video oleh pegawai penjara daripada Jabatan Penjara Malaysia Simpang Renggam, Johor yang ditunjukkan bagaimana hukuman tersebut dijalankan dan juga contoh jenis tali gantung yang digunakan.
- Demonstrasi unit anjing pengesan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan video jenis anjing digunakan untuk mengesan pesalah-pesalah memilik dadah pada badan mereka.
- Perkongsian pengalaman bersama bekas penagih dadah yang kini menjadi seorang yang berjaya.
- Pertandingan Sajak Sayembara antara IPT yang para peserta mendeklemasikan sajak mengenai anti dadah dan hampir semua IPT menyertai pertandingan ini.
- Larian IPT diadakan di konvensyen tersebut yang disertai oleh semua IPT yang datang.
- Majlis Makan Malam sempena Penutup konvensyen tersebut dengan menjadikan Haziq Akademi Fantasia (AF) sebagai ikon kelab pemadam peringkat IPT...
- Booth menderma darah.
alhamdulillah. setelah tamat konvensyen ini. Unit PEMADAM yang sebelum ini di bawah kelab PRS UTeM telah pun tertubuh secara rasminya dan tidak lagi bergerak di bawah Kelab PRS UTeM.
ReplyDeletewalaupun kelab PEMADAM akan membawa nama kelab mereka sendiri, kelab PRS UTeM tetap akan saling membantu di antara satu sama lain kerana PEMADAM juga ibarat adik angkat kepada PRS UTeM.
Moga perkembangan ini akan dapat memupuk semangat kerjasama yang sihat dan positif disamping melahirkan mahasiswa/i yang lebih baik.
Tahniah2.... eh, Hafiz or Haziq?
ReplyDelete