Thursday 4 August 2011

LAWATAN KE RUMAH SERI KENANGAN

2.00 petang – 6.30 petang
13 MARCH 2010

            Pada 13 March 2010, Kelab Pebimbing Rakan Siswa (PRS) telah mengadakan lawatan ke Rumah Sri Kenangan. Rumah seri kenangan cheng, Melaka dibina pada 1946. Bertujuan untuk jagaan kepada mangsa-mangsa perang, imigran cina dan india yang dibawa oleh british dengan syarar tidak berkahwin dan tidak akan pulang ke Negara asal. Rumah Seri Kenangan menempatkan 236 orang orang tua dimana 66 orang terdiri daripada kaum cina, 46 orang kaum india, 3 orang terdiri daripada lain – lain kaum dan majoriti iaitu 121 orang terdiri daripada kaum melayu.

Program ini telah diadakan untuk meraikan warga – warga emas khususnya di Rumah Seri Kenangan, membantu mereka menjalani hari – hari tua mereka dengan penuh rasa bahagia dan gembira tanpa rasa tersisih daripada masyarakat luar dan selaras dengan penubuhan Kelab Pembimbing Rakan Siswa/I yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.









No comments:

Post a Comment