TARIKH : 15 - 17 OKTOBER 2010
TEMPAT : 1) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
2) POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
3) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
Pada 15 Oktober 2010, seramai 34 orang ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) UTeM telah mengadakan lawatan delegasi bersama kelab PRS di tiga buah institut pengajian tinggi awam di pantai timur; Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Kota Bharu (PKB), dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini dijalankan selama tiga hari dengan lawatan pertama dimulakan di UMK dan seterusnya di PKB dan akhirnya di UMT. Program ini diketuai oleh Presiden PRS UTeM sambil dibantu oleh pengarah program iaitu saudara Mohd Asri Bin Daud dan saudari Saidah Mastura Bte Abdul Ghani. Segala perjalanan aktiviti di tiga buah IPTA tersebut telah diatur oleh pihak PRS di UMK, PKB dan UMT.
Lawatan ini diadakan bagi mengenali dengan lebih rapat setiap kepimpinan mahasiswa setiap IPT di negara ini dan memupuk semangat berkerjasama serta menguatkan jaringan perhubungan antara setiap IPT disamping memperkenalkan serta mempromosikan nama UTeM sebagai universiti yang berorientasikan aplikasi kepada universiti luar dan industri-industri terkemuka. Selain itu juga ianya juga dapat menyediakan modal insan yang mempunyai daya saing dan peka terhadap perkembangan teknologi dan keadaan semasa serta berkongsi ilmu antara pemimpin pelajar dari UteM dengan pemimpin pelajar dari UMK, PKB dan UMT.

No comments:
Post a Comment