Thursday 4 August 2011

KEM TEAM BUILDING PRS



29 – 31 JANUARI 2010
KEM LAMBAIAN DANAU, JASIN MELAKA

Pada 29 Januari sehingga 31 Januari 2010, satu program perkhemahan kem Team Building PRS  telah diadakan di Kem Lambaian Danau Jasin Melaka. Seramai 39 orang mahasiswa yang terdiri daripada ahli dan Exco Pembimbing Rakan Siswa telah menyertai program kem Team Building ini.  Pada hari pertama telah dilangsungkan aktiviti  ‘Water Confidence’. Aktiviti ini bertujuan untuk membina keyakinan peserta apabila berada di dalam air. Aktiviti seterusnya ialah Ice Breaking dan diikuti dengan Night Walk.

Pada keesokkan harinya, aktiviti dimulakan dengan senaman pagi,Zapin Ayam dan Lake Exploration iaitu setiap kumpulan dikehendaki untuk membina rakit masing-masing dan mereka perlu membawa rakit tersebut mengelilingi check point yang telah ditetapkan. Tujuan aktiviti ini ialah untuk menguji sejauhmana kerjasama berpasukan di antara setiap ahli dalam kumpulan masing-masing dan strategi yang digunakan untuk memastikan rakit mereka dapat bergerak laju. Aktiviti seterusnya ialah Obstacle Run dan Kayak Safari. Pada malamnya pula, setiap kumpualn dikehendaki membuat pembentangan. Acara Triathlon pula telah dilangsung di hari terakhir.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektifnya iaitu membina kerjasama berpasukan dalam kalangan ahli PRS. Melalui kem berbentuk Team Building dan kepimpinan ini, ia mampu melahirkan ahli PRS yang bukan sahaja mempunyai ketahanan fizikal dan mental tetapi juga semangat tolong mennolong di antara sesama rakan sebaya. 










No comments:

Post a Comment