Saturday 6 August 2011

Breaking Adrenaline

Breaking Adrenaline

Pada 12 Mac 20111, satu program Breaking Adrenaline telah diadakan di sekitar kawasan UTeM. Program ini dianjurkan dengan penglibatan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai fakulti.

Pada jam 9.30 pagi selepas taklimat program, peserta dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan diberikan kad kawalan bagi memastikan peserta mengikut check point yang telah ditetapkan pada kad kawalan masing-masing. Kemenangan adalah berdasarkan pada catatan masa mula dan tamat pada kad kawalan.

Aktiviti seperti memanah, berkayak, dan merentasi halangan antara aktiviti yang telah diadakan didalam program ini.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan unit Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) kepada mahasiswa/I UTeM. 

Selain itu, member pendedahan dadah melalui explorace yang dilakukan dengan menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan. 

Acara penutupan telah diadakan dan program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Encik Zainudin Ahmad. Program berakhir pada 2 petang.

No comments:

Post a Comment