Wednesday 10 August 2011

PERKAMPUNGAN PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) - PERSIS IPTA

24 - 27 MEI 2011

Perkampungan PRS peringkat kebangsaan telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Perkampungan ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bersamaan pada tarikh diatas. PRS UTeM telah menghantar seramai 10 orang peserta iaitu 6 lelaki dan 4 perempuan untuk menyertai perkampungan tersebut di samping menimba ilmu dan pengalaman terutama kepada ahli-ahli exco yang baru dilantik. Persis UTM merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran perkampungan prs ini. Disamping itu, diadakan juga mesyuarat PRS peringkat kebangsaan di mana semua wakil PRS dari setiap IPT berdiskusi dan dapat berkenalan antara satu sama lain.

Objektif Perkampungan PRS Kebangsaan ini diadakan antarnya ialah :
  1. Menghargai dan mengiktiraf sumbangan PRS.
  2. Meningkatkan kesedaran dikalangan warga kampus akan kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
  3. Meningkatkan motivasi yang tinffi dikalangan ahli-ahli prs untuk terus berkhidmat dengan universiti melalui kaedah menjadi perunding cara kepada rakan-rakan sepengajian.
  4. Menerapkan ilmu-ilmu serta kemahiran insaniah kepada para peserta.
  5. Menjadi lapangan untuk perkongsian pendapat, pengalam, ilmu dan sebagainya yang amat berguna untuk prs dan warga kampus khususnya.
  6. Mewujudkan kemahiran kepimpinan dikalangan ahli prs dan peserta.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkampungan tersebut yang dijadualkan seperti berikut :

SELASA, 24 MEI 2011

3pm                              : Pendaftaran
3.30pm – 5pm              : Ice-breaking / Taklimat
5pm – 6.30pm              : Persiapan diri
6.30pm – 7.15pm         : Makan Malam
7.30pm – 8.30pm         : Solat / Pengisian Kerohanian
8.30pm – 10.30pm       : Majlis Suai Kenal
10.30pm – 11pm          : Taklimat
11pm                           : Minum Malam

RABU, 25 MEI 2011

6.45am – 8.30am         : Persiapan diri / Sarapan
9am – 11am                 : Bertolak ke Destinasi Program Khidmat Masyarakat
10am – 1pm                 : Gotong-royong Perdana
1pm – 2pm                   : Makan Tengahari / Solat
2.30pm – 4.30pm         : Sambungan aktiviti
4.30pm – 5.30pm         : Minum Petang / Solat
6pm                             : Bertolak balik

7.30pm – 8pm              : Solat Maghrib
8.30pm – 11pm            : Jamuan Makan Malam Ala Kampung & Majlis Perasmian
11pm                           : Bersurai

KHAMIS, 26 MEI 2011

6.45am – 8.30am         : Persiapan diri / Sarapan
8.30am – 9am              : Taklimat
9am – 1pm                   : Explorace Kaunseling / Kuiz / Games
1pm – 2pm                   : Solat / Makan Tengahari
2.30pm – 5pm              : Program Kuasa Minda bersama En. Osman Affan
5pm – 5.30pm              : LDK
5.30pm – 6.30pm         : Solat / Minum Petang
6.30pm – 7.30pm         : Persiapan diri
7.30pm – 8.30pm         : Solat / Makan Malam
8.30pm – 11pm            : Malam Kebudayaan (Persembahan Kumpulan)

 
JUMAAT, 27 MEI 2011

7am – 8.30am              : Persiapan diri / Sarapan
9am – 10.30am            : Pembentangan Kertas Kerja
Peranan PRS terhadap Pembangunan Modal Insan :      Kesukarelawan
                                      Oleh PM Dr. Zuraidah Abd. Rahman
10.30am – 11am          : Minum Pagi
11am – 12.30 pm         : Majlis Penutup

Untuk pengetahuan PM Dr. Zuraidah Abd. Rahman merupakan Pengasas Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang telah dijemput khas untuk berkongsi sebanyak mungkin ilmu-ilmu berkaitan dengan PRS trutamanya peranan PRS itu sendiri agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita terutama terhadap Pembangunan Modal Insan. Semua peserta berasa sangat gembira dan bertuah dapat bertemu dengan pengasas PRS itu sendiri terutama kepada ahli-ahli yang baru menyertai PRS itu sendiri.
 

No comments:

Post a Comment