26 – 28 Februari 2010
PERJALANAN PROGRAM
Pada 26 hingga 28 Februari 2010, seramai sepuluh orang fasilitator dari Kelab Pembimbing Rakan Siswa UTeM dan dua orang kaunselor pelatih telah mengadakan Bengkel Effective Learning untuk pelajar-palajar UTeM yang bertempat di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.
Untuk program ini, pihak urusetia yang terdiri daripada kepimpinan PRS telah merangka enam LDK, dua ceramah dan 1 aktiviti ‘outdoor’ sepanjang program ini berlangsung. LDK 1 ialah ‘Ice Breaking’ ,yang dikendali sendiri oleh saudari Siti Nasirah selaku ketua fasilitator dan LDK 2 – ‘Pembentukkan Kumpulan’ yang dikendalikan di dalam kumpulan bersama fasilitator masing masing.
Begitu juga dengan LDK 3 - ‘Hala Tuju Ku’, LDK 4 – ‘Hendak Seribu Daya’, LDK 5 – ‘Kelemahan Dan Kelebihan Diriku’ dan ‘Graph Line’ dan LDK 6 – ‘Tetingkap Johari’ . Semasa LDK 1 peserta kelihatan agak pasif namun begitu semasa LDK 2 peserta mula bertindak pantas serta memberikan idea – idea yang bernas. Ketika LDK 5 dan 6 pelbagai masalah ditimbulkan sama ada masalah berkaitan keluarga, persahabatan, percintaan, kewangan, kisah pahit dan manis peserta itu sendiri. Slot ceramah pula dikendalikan oleh penceramah jemputan.
Aktiviti ‘outdoor’ dikendalikan oleh pihak Kem Lambaian Danau iaitu aktiviti ‘Water Confidence & Rafting’. Pihak fasilitator juga telah menyediakan beberapa lagu pemangkin semangat yang diikuti dengan gaya – gaya yang tertentu berdasarkan lagu. Antara lagunya ialah ‘Gemuruh’ dan ‘Standing In The Eyes Of The World’.
No comments:
Post a Comment