Thursday, 4 August 2011

KEM GOLDEN KEY 2010

12 – 14 MAC 2010
PUSAT LATIHAN BATU 10, PORT DICKSON

Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan CGPA pelajar sekaligus meningkatkan kecerdasan minda. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan semangat belajar serta melahirkan mahasiswa yang mempunyai semangat yang kental, tabah, berdaya saing, tahan lasak, dan tidak mudah menyerah kalah pada cabaran.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektifnya iaitu mewujudkan kerjasama di antara kesemua peserta serta dapat melahirkan mahasiswa yang kuat dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kem seperti ini perlu diteruskan pada setiap tahun dan diharapkan boleh dibuka luas penyertaannya kepada semua pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu perkembangan diri pelajar ke arah yang lebih positif.














No comments:

Post a Comment